Cubaan Taktik Pelik Gagal, Lelaki Mexico Kantoi Sorok 200 Ekor Cicak Dalam Stoking

Difahamkan, cubaan seludup gagal itu berlaku di Lapangan Terbang Haneda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jfeed & The Japan Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki 23 warga Mexico baru-baru ini telah ditangkap di Lapangan Terbang Haneda,Tokyo akibat cubaan menyeludup

Lelaki tersebut telah mencuba untuk menyeludup 200 ekor cicak masuk ke Jepun dengan menyembunyikan setiap ekor cicak di dalam stoking dan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg.

Menurut laporan dari The Japan Times, Daniel Isaac Velasco Baltazar, 23, telah ditangkap sejurus sampai dari Korea Selatan.

Dia dituduh melanggar Akta Kastam Jepun kerana cubaan menyeludup reptilia berkenaan tanpa membuat pengisytiharan dan kebenaran dari kerajaan.

SAYS.com
Image via Independent

Penyiasat telah mendapat makluman awal

Sebenarnya, pihak berkuasa telah menyedari perkara ini sejak Julai lepas lagi setelah menerima maklumat mengenai seorang warga Mexico yang akan menyeludup cicak masuk ke negara itu untuk ke satu ekspo reptilia di Jepun.

Pihak kastam Jepun mengatakan baju-baju di dalam bagasi tersebut terlalu mengembung dan menyesyaki sesuatu berada di dalam stoking yang disembunyikan disebalik baju.

SAYS.com
Image via JFeed

Alangkah terkejutnya pihak berkuasa apabila menjumpai 200 ekor cicak yang telah dimasukkan ke dalam 22 pasang stoking di mana seekor cicak telah mati apabila dijumpai kastam.

Daripada semua cicak yang dirampas, sembilan ekor cicak alligator Mexico telah dijumpai. Spesis terancam ini hanya boleh dijumpai di kawasan tinggi hutan pain dan oak di Seirra Madre, Mexico Tengah.

SAYS.com
Image via The Japan Times

Difahamkan, cicak-cicak ini hanya dibeli dengan harga AS$3.5 hingga AS$5 (RM14 hingga RM20) di Mexico tetapi bagi pasaran haiwan eksotik Jepun, harga cicak ini boleh mencecah 100,000 yen (RM2,540).

Jepun kekal menjadi salah satu pasaran haiwan reptilia eksotik terbesar dalam dunia. Walaubagaimanapun, cubaan penyeludupan di lapangan terbang Jepun sangat jarang berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: