DBKL Kongsi Keadaan Di Dataran Merdeka Yang Ditinggalkan Orang Ramai Lepas Tengok Bola

Ini adalah lambang maruah dan sejarah negara.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meriah Dataran Merdeka semalam apabila ramai rakyat Malaysia hadir untuk menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina

Namun, kegembiraan di pesta tonton bola sepak itu meninggalkan persepsi yang tidak baik apabila ditinggalkan dalam keadaan yang sangat kotor akibat pelbagai sisa yang membanjiri padang tersebut.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebook berdukacita memaklumkan perkara ini dan mereka telah menjalankan kerja pembersihan bagi mengutip sampah yang telah ditinggalkan di kawasan berkenaan.

DBKL menambah, kebersihan Kuala Lumpur tidak boleh sentiasa bergantung kepada pihak lain untuk membersihkan kawasan awam selepas orang ramai pulang.

"Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara, manakala cara orang ramai meninggalkan kawasan itu mencerminkan tahap penghargaan terhadapnya," katanya.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpul / Facebook

Boleh rai dengan penuh semangat bukan bermakna bebas mengotorkan ruang milik bersama

DBKL juga berpesan bahawa ini adalah lambang maruah dan sejarah negara, orang ramai yang meninggalkan kawasan itu mencerminkan tahap penghargaan terhadap negara.

"Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara, manakala cara orang ramai meninggalkan kawasan itu mencerminkan tahap penghargaan terhadapnya," katanya lagi.

Menurut DBKL, tidak salah untuk meraikan sesuatu acara dengan bersemangat dan penuh sorakan sepuas-puasnya, tetapi kebebasan untuk bergembira tidak bermakna mereka bebas mengotorkan ruang milik bersama.

"Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri," tegas DBKL.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, juga meluahkan rasa kekecewaan terhadap beberapa sikap penyokong yang membanjiri Dataran Merdeka tetapi meninggalkan kawasan bersejarah itu dipenuhi sampah.

"Saya percaya rakyat Kuala Lumpur sayang akan bandar ini. Sebab itu saya kecewa apabila Dataran Merdeka, selepas menjadi tempat kita bersorak dan bergembira bersama, namun ditinggalkan dalam keadaan begini," katanya beliau.

Beliau berkata selepas orang ramai pulang DBKL bertungkus lumus untuk memastikan Dataran Merdeka bersih. Walaupun setiap pembayar cukai berhak menerima perkhidmatan awam berkualiti, tetapi tanggungjawab menjaga kebersihan tidak seharusnya dipikul sepenuhnya oleh petugas kebersihan.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

"Buang sampah ke dalam tong adalah tanggungjawab asas setiap individu dan tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada petugas kebersihan.

"Hak untuk menerima perkhidmatan tidak bermaksud semua tanggungjawab boleh diserahkan kepada petugas awam. Mereka tidak sepatutnya terpaksa membersihkan sampah yang sengaja kita tinggalkan,"
katanya.

Pada pukul 10 pagi hari ini, DBKL akhirnya telah berjaya membersihkan Dataran Merdeka daripada semua sampah-sampah yang telah ditinggalkan.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: