Dulu Hanya Bunyi, Kini Tunjuk ‘Diri’ – “Sudah 10 Ustaz Perawat Dipanggil”
Mula-mula dengar bunyi seperti mengilai, menangis, menjerit dan suara kanak-kanak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah keluarga dari Kelantan kini hidup dalam keresahan apabila mereka sering mengalami gangguan mistik di rumah
Menurut laporan dari Harian Metro, Nur Aina Amalina Karim, 31, buntu kerana keluarganya sering mengalami gangguan sejak Mei lalu.
Nur Aina mengatakan dia dan suami, Mohd Faisal Usop, 31, serta empat anak berusia antara tujuh hingga 13 tahun dan seorang anak saudara berusia 15 tahun mula mendapat gangguan misteri sejak 25 Mei lalu sehingga mengganggu kehidupan seharian.
Pada mulanya mereka hanya mendengar bunyi seperti mengilai, menangis, menjerit dan suara kanak-kanak. Tetapi perkara itu menjadi semakin buruk.
"Rumah ini milik suami dan kami tinggal di sini sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini, kami tidak pernah berdepan sebarang gangguan mistik.
"Namun beberapa hari selepas Hari Raya Aidiladha, kami mula dengar macam-macam bunyi termasuk orang mengilai, menangis, menjerit serta suara kanak-kanak," katanya.

Dulu hanya dengar-dengar bunyi tetapi kini mula menunjukkan 'diri'
Bunyi yang didengari mereka itu menyebabkan anak-anaknya hidup dalam ketakuan. Lebih merisaukan, sejak kebelakangan ini gangguan itu bertukar menjadi penampakan dan anak-anak mereka semakin takut pada setiap malam.
"Sebelum ini kami dengar bunyi, tapi kebelakangan ini ia mula menunjukkan 'diri'.
"Setakat ini sudah kira 10 ustaz serta perawat dipanggil ke rumah saya bagi menghentikan gangguan itu. Namun selepas mereka pulang, gangguan itu datang semula," katanya lagi.
Mereka mempunyai rumah dua tingkat dan anak-anaknya tidur di tingkat bawah manakala mereka di tingkat atas.

Gambar janaan AI
Setiap kali diganggu anak-anak mereka akan menjerit ketakutan, Aina dan suami akan bergegas turun untuk mententeramkan anak-anak.
"Saya minta anak saudara buat hantaran mengenai gangguan itu. Malah, suami pun ada muat naik video serta gambar di media sosialnya bagi mencari pihak yang boleh membantu kami.
"Bagaimanapun, ada pihak yang merasakan kisah kami sekadar mahu mendapat perhatian sehingga suami dikecam apabila memuat naik hantaran berkaitan itu.
"Orang boleh cakap macam-macam mengenai kami kerana ia tidak berlaku pada diri sendiri. Apabila mereka berada di tempat saya dan anak-anak, mungkin baru mereka faham apa yang kami alami," katanya.
Difahamkan, rumah itu sudah lama didiami sejak 10 tahun lalu dan sebelum ini mereka tidak pernah berdepan dengan apa-apa gangguan mistik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via