Fenomena El Nino Dijangka Bakal Menjadi Paling Teruk Pernah Direkodkan Sejak 1950

Difahamkan, fenomena itu bakal mengatasi rekod Super El Nino pada tahun 1982-1983.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fenomena El Nino dijangka akan mencapai kemuncak dan diramalkan menjadi peristiwa paling kuat pernah direkodkan sejak 1950

Menurut laporan dari Berita Harian, jangkaan ini diramal oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS). El Nino juga akan terus berkembang dengan lebih cepat menurut CNN.

Fenomena itu kini menghampiri tahap untuk memecah rekod dan kemuncak dijangka berlaku pada lewat musim luruh atau awal musim sejuk.

NOAA membuat anggaran peristiwa kali ini akan mengatasi Super El Nino yang berlaku pada tahun 1982-1983.

Pakar beri amaran bahawa kesan pemanasan global dengan hasil gabungan bersama El Nino boleh memburukkan lagi gelombang haba dan tahap keseriusan bencana alam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Tahun 2027 dinilai berpotensi untuk menjadi tahun terpanas dalam rekod mengatasi tahun 2026

El Nino merupakan corak cuaca di Lautan Pasifik yang boleh menyebabkan suhu meningkat terutamanya di pesisir pantai dan seluruh dunia.

Fenomena ini juga boleh menyebabkan taburan hujan berkurang, risiko jerebu meningkat akibat kebakaran hutan dan juga masalah kesihatan kepada manusia.

SAYS.com
Image via BERNAMA

La Nina pula fasa yang berlawanan dimana keadaan cuaca menjadi lebih sejuk secara global.

Tempoh di antara El Nino dan La Nina adalah fasa neutral di mana corak cuaca lebih stabil dan semula jadi mengatasi keadaan atmosfera.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: