Elak Tragedi Budak Jatuh Bangunan, Bomba Cadang Pemaju Pasang Penghadang Bukaan Tingkap

Dipertimbangkan sebagai satu ciri keselamatan wajib untuk unit kediaman bertingkat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via RG Door Window & Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penghadang bukaan tingkap (window restrictor) perlu dipertimbangkan sebagai satu ciri keselamatan wajib buat unit kediaman bertingkat

Unit kediaman bertingkat baharu yang mempunyai ciri keselamatan ini dapat mengurangkan risiko penghuni terutamanya yang mempunyai kanak-kanak dari terjatuh bangunan.

Menurut laporan dari Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad mengatakan cadangan ini dilihat selari dengan trend bangunan bertingkat yang kini semakin tinggi sehingga mencecah puluhan tingkat.

"Meskipun ketika ini, tiada keperluan meminda peraturan atau menggubal undang-undang baharu, pemasangan penghadang bukaan tingkap itu sebagai ciri keselamatan tambahan wajar dilakukan terutama bagi pemilik kediaman mempunyai anak kecil.

"Trend reka bentuk bangunan bertingkat kini semakin tinggi menyebabkan terdapat keperluan mengkaji penguatkuasaan mandatori bagi pemasangan window restrictor bagi setiap unit kediaman baharu di peringkat pelan kelulusan bangunan.

"Ini bagi memastikan aspek keselamatan pencegahan individu jatuh dapat dipertingkatkan tanpa menjejaskan ciri keselamatan kebakaran sedia ada,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Lain dari rekaan bangunan zaman 80-an dan 90-an, bangunan kini lebih tinggi ada yang mencecah 70 tingkat

Bangunan kini semakin tinggi dan jauh berbeza dengan bangunan yang dibina pada tahun 1980-an dan 1990-an yang hanya setinggi 10 hingga 20 tingkat, tetapi kini semakin meningkat.

"Trend pembangunan kediaman bertingkat tinggi semakin ketara. Flat dibina pada 1980-an dan 1990-an setinggi 10 hingga 20 tingkat, kini mencecah 40 hingga 60 tingkat, malah ada kediaman mewah melebihi 70 tingkat," katanya.

SAYS.com
Image via Threads

Tambahan lagi, kepadatan penduduk dan kekurangan tanah menjadi antara faktor utama bangunan kediaman pencakar langit menjadi pilihan.

Trend vertical living memerlukan ciri keselamatan tambahan seperti penghadang bukaan tingkap, balkoni selamat dan jeriji yang boleh dibuka ketika kecemasan perlu menjadi standard.

Menurut Nor Hisham, cadangan ini disyorkan berikutan kejadian yang melibatkan penghuni yang terjatuh atau terjun dari bangunan bertingkat termasuk kanak-kanak.

SAYS.com
Image via Berita Harian / NSTP

Walaupun dipasang penghadang, ia mestilah mengikut piawaian keselamatan bagi mengelakkan dari menjadi perangkap maut ketika kebakaran.

Pihak bomba juga berpesan supaya tidak memasang penghadang jeriji jenis kekal kerana boleh menghalang kerja-kerja menyelamat. Ibu bapa juga tidak boleh meninggalkan kanak-kanak berada berhampiran tingkap atau balkoni tanpa pengawasan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: