ESPN Senaraikan Barisan 11 Pemain Bintang Paling Mengecewakan Di Piala Dunia

Difahamkan, para pemain ini gagal dalam memenuhi jangkaan sepatutnya sepanjang kejohanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sports Illustrated & BBC

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

ESPN baru-baru ini mendedahkan senarai 11 pemain bola sepak paling teruk prestasinya di Piala Dunia FIFA 2026

Kesemua sebelas pemain ini dianggap gagal menunjukkan prestasi terbaik dan tidak memenuhi jangkaan sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.

Dilaporkan oleh ESPN, mereka membahagikan pemain-pemain ini mengikut posisi mereka dan paling mengejutkan terdapat beberapa pemain yang berprofil tinggi yang tidak menunjukkan kecemerlangan mereka ketika Piala Dunia.

SAYS.com
Image via ESPN

Kesemua barisan 11 pemain paling mengecewakan

Posisi Pertahanan

SAYS.com

Joshua Kimmich (Jerman), Virgil Van Dijk (Belanda), Marc Guehi (England) dan Nico O' Reilly (England).

Barisan pertahanan ini adalah Joshua Kimmich (Jerman), Virgil Van Dijk (Belanda), Marc Guehi (England) dan Nico O' Reilly (England).

Kimmich menghadapi masalah apabila diletakkan di posisi back kanan menjadikan dia bergelut sepanjang kejohanan.

Van Dijk pula dikatakan gagal untuk menjadi kapten yang baik apabila pasukannya bolos lima gol dalam empat perlawanan termasuk memberikan sepakan penalti penentuan kepada pemain muda.

Marc Guehi mempunyai prestasi baik sepanjang pertandingan sehinggalah separuh akhir apabila gagal menyerlah apabila berlawan dengan Argentina.

O'Reilly pula dipaksa bermain di posisi back tetapi dia adalah pemain yang lebih selesa menjadi pemain tengah. Hal ini menyebabkan kelemahannya mudah dieksploitasi lawan.

Posisi Tengah

SAYS.com

Federico Valverde (Uruguay), Scott McTominay (Scotland) dan Bruno Fernandes (Portugal).

Bagi posisi tengah pemain yang disenaraikan ESPN adalah Federico Valverde (Uruguay), Scott McTominay (Scotland) dan Bruno Fernandes (Portugal).

Valverde tidak menyerlah dan gagal memberikan impak walaupun pasukan Uruguay berada di dalam kumpulan yang lemah dibelakang Sepanyol. Hal ini menjadi lebih buruk terdapat konflik diantara jurulatih Marcelo Bielsa tejadi.

McTominay menunjukkan prestasi cemerlang ketika kelayakan tetapi gagal meneruskan prestasi itu dalam ketiga-tiga perlawanan Scotland. Pemain tengah Napoli ini hadir ke World Cup sebagai potensi pemain bintang tetapi tidak.

Bruno Fernandes pemain tengah cemerlang bersama-sama Manchester United. Tetapi dia tidak dapat menunjukkan prestasi baik dari kelabnya di pentas antarabangsa. Hal ini berkemungkinan besar apabila banyak taktik Portugal berpusatkan Cristiano Ronaldo. Tetapi perkara ini tidak menjadi penyebab untuk aksi mengecewakan Fernandes.

Posisi Penyerang

SAYS.com

Florian Wirtz (Jerman), Christian Pulisic (Amerika Syarikat) dan Neymar (Brazil)

Florian Wirtz (Jerman), Christian Pulisic (Amerika Syarikat) dan Neymar (Brazil) buat barisan penyerang.

Wirtz dianggap sebagai playmaker paling overhyped. Ramai peminant mempersoalkan mengapa impaknya tidak sama dengan nilai perpindahannya ke Liverpool iaitu sebanyak £116.5 juta (RM637 juta).

Pulisic menjadi sensasi ketika permainan pembukaan berlawan Paraguay, dia kemudian terpaksa dibangkukan akibat kecederaan. Sejak itu, dia gagal mengembalikan prestasi terbaiknya selepas pulih. ESPN mengatakan dia sering 'menghilang' apabila pasukan memerlukannya.

Neymar, nama besar di World Cup tetapi ESPN mempersoal "Mengapa dia berada di World Cup?". Pemilihan Neymar menyebabkan pemain yang lebih muda dan dalam prestasi terbaik João Pedro (Chelsea) tidak tersenarai dalam kejohanan.

Penjaga Gol

SAYS.com

Fernando Muslera (Uruguay)

Image via Yahoo Sports

Fernando Muslera (Uruguay) penjaga gol buat skuad 11 terburuk ini. Berusia 40 tahun, Muslera membatalkan persaraan antarabangsa untuk beraksi di Piala Dunia kelima. Tetapi beberapa kesilapan telah membawa kepada tiga gol bolos dan ketika perlawanan menentang Sepanyol, dia telah digantikan selepas babak pertama habis.

Sudah pasti World Cup 2026 adalah antara yang diingati setelah berlangsung selama 39 hari, dengan 48 pasukan dan 104 perlawanan sehinggalah Sepanyol dikalungkan Juara 2026 World Cup.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: