FIFA Bakal Jual Rumput Final World Cup 2026 Bermula RM3.6K Hingga RM12K
Difahamkan, rumput terbabit akan dimasukkan ke dalam kiub resin untuk dijual.
Cover image via keepstubFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
FIFA bakal menjual rumput dari Stadium MetLife New Jersey di mana perlawanan akhir Piala Dunia 2026 akan berlangsung
Bermula dengan harga GBP335 (RM1.82 ribu) rumput ini akan diletakkan di dalam satu kiub resin bagi mengekalkan rupa dan kesegaran rumput tersebut.
Bekas akrilik ini mempunyai tulisan logo World Cup 2026, tempat, tarikh perlawanan dan skor perlawanan akhir. Satu USB juga akan diberikan untuk membantu pemilik membuat pengesahan bahawa rumput tersebut adalah betul-betul dari stadium itu.
Koleksi premium ini dihasilkan oleh satu syarikat United Kingdom (UK), Keep Stub, yang turut menyajikan tiga pilihan versi tambahan GBP670 (RM3,650), GBP895 (RM4,870) dan GBP2,240 (RM12,210).

Koleksi rumput premium ini hanya akan mempunyai 2,026 unit sahaja
Keempat-empat peringkat produk ini hanya akan dibuat sebanyak 2,026 unit sahaja (buat setiap produk) sekaligus menjadikannya sangat terhad.
Ini bermakna kesemua nilai produk ini jika terjual adalah sebanyak GBP8.6 juta (RM45.67 juta).

Hero Edition
Image via keepstubSetiap pakej akan mempunyai satu barang tambahan mengikut harga. Bagi bahagian yang murah saiz rumput yang akan dijual adalah 2.5″ x 2.5″ x 2.5″, manakala versi GBP2,240 "Hero Edition" akan mempunyai seksyen 3″ x 3″ x 3″ termasuk tiket emas yang terukir, bersama-sama replika mini bola World Cup dan trofi World cup dibuat daripada kaca.

Rumput ini telah disumberkan dari satu ladang rumput di North Carolina dan diletakkan di stadium tersebut pada Mei lepas. Menurut kritikan pemain Brazil dan Perancis, rumput ini sangat kering dan menyukarkan pemain untuk bergerak ketika di peringkat awal pertandingan.
Pasukan negara mana yang bakal layak ke perlawanan akhir dan menjuarai Piala Dunia 2026 kali ini?
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


