Gadis 19 Tahun Ketagih Main Roblox, Abaikan Kebersihan Hingga Buang ‘Hajat’ Dalam Baldi
Difahamkan, gadis itu kini telah dibantu semula oleh saudara-maranya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang gadis 19 tahun baru-baru ini terlalu ketagih dengan permainan video sehingga mengabaikan dirinya dan tempat tinggalnya
Difahamkan, gadis yang tinggal di Melaka ini tular di TikTok apabila seorang pengguna yang memuat naik satu klip menunjukkan keadaan kediaman remaja terbabit. Video asal tersebut kini telah dipadamkan oleh @nia.empirewedding di TikTok.
Rumah yang diinap oleh gadis berkenaan sangat kotor sehingga penuh sisa barangan, makanan, kotoran di merata tempat termasuk barangan aksesori untuk dirinya bermain permainan video dalam talian.
Menurut laporan Kosmo, gadis yang digelar Nuriz itu ketagih bermain permainan video terlalu teruk sehingga mengabaikan kebersihan dan kehidupannya.
Nuriz kini tinggal seorang diri di rumah tersebut selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya di mana rumah kediaman itu terletak di atas tanah pusaka keluarga.
Sanggup guna baldi untuk membuang air besar
Nia, selaku pemilik video tersebut juga seorang saudara kepada Nuriz. Dia sendiri pernah membantu untuk membersihkan rumah tersebut tetapi keadaan kembali berulang dan kali ini jauh lebih buruk.

Pernah cuba untuk bantu tetapi tidak berjaya
Sebelum ini Nia pernah mengajak Nuriz untuk tinggal bersamanya. Setelah setahun 2 bulan harapan untuk menjadikan gadis tersebut menjadi lebih baik tidak tercapai.
Bukan sahaja membuang air besar di dalam baldi, malah tisu yang digunakan ketika haid turut dibuang di merata-rata tempat.

Nuriz dilihat sedikit berubah tetapi masalah mula berlaku apabila gadis tersebut mencetuskan fitnah melampau. Dia juga telah ditangkap mencuri duit dan barang kemas milik Nia.
Nia kemudian melepaskan Nuriz dan menghantarnya kembali ke rumah berkenaan.
Dahulunya, atas hasil bantuan Nia dan ramai lagi orang lain, rumah tersebut sebenarnya telah dibersihkan tetapi keadaan rumah itu semakin teruk sejak Nuriz tinggal berseorangan di situ.
Pernah dibawa mendapatkan pemeriksaan doktor tetapi tiada masalah kesihatan

Nia mengatakan dia sendiri pernah membawa Nuriz untuk membuat pemeriksaan doktor tetapi tiada sebarang masalah kesihatan. Nuriz disahkan sihat dan tidak mempunyai masalah jiwa atau status orang kurang upaya (OKU).
Difahamkan, saudara-mara Nuriz masih turun membantu
Baru-baru ini, Nia telah memuat naik satu video baharu dimana dia dan saudara-mara Nuriz masih cuba membantu dan masih mengambil berat mengenai anak buah mereka yang sudah kehilangan tempat bergantung.
Nuriz juga dilihat sedang membersihkan rumahnya dengan bantuan saudara-mara. Dia juga diberikan peralatan mandian, bayaran bil dan lain-lain.
Menerusi komen, ramai mengucapkan syukur serta berterima kasih kepada Nia dan keluarga masih membantu. Dalam pada itu, ada yang berdoa agar Nuriz berubah menjadi insan yang lebih baik.
Video penuh tonton di bawah:
@nia.empirewedding Replying to @Nizamshazenny Goat Farm l ♬ original sound – Nia EmpireWedding
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via