Gaji RM3,100 Sebulan Masih Munasabah Walaupun Kos Hidup Naik – Pakar Ekonomi

Gaji RM3,100 hari ini adalah lebih kurang bersamaan kuasa beli RM2,500 pada tahun 2020.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AIA & HRMAsia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gaji serendah RM3,100 sebulan adalah masih munasabah walaupun kos hidup semakin meningkat

Menurut laporan dari New Straits Times, gaji ini boleh dijadikan sebagai satu garis dasar untuk memastikan pekerja sepenuh masa boleh hidup dengan baik.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md Razak mengatakan gaji ini adalah wajar walaupun kenaikan kos makanan, perumahan, pengangkutan dan beberapa keperluan asas yang lain.

"Walaupun keseluruhan inflasi semakin mereda berbanding tempoh pasca-pandemik, tekanan harga bagi barangan dan perkhidmatan tertentu masih terus membebankan isi rumah, terutamanya di kawasan bandar.

"Oleh sebab itu, RM3,100 yang sepatutnya dijadikan titik rujukan minimum bagi membolehkan pekerja memnuhi keperluan asas dan menikmati taraf hidup yang lebih bermartabad,"
katanya.

SAYS.com

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md Razak

Image via UiTM Expert

Gaji ini tidak boleh dijadikan penanda aras untuk semua situasi ekonomi

Beliau menambah, gaji ini tidak boleh dijadikan penanda aras untuk semua situasi.

"Perkara ini sepatutnya disokong oleh produktiviti pekerja lebih tinggi, pelaburan dalam kemahiran, tumbesaran mampan ekonomi dan kapisiti majikan.

"Perlu ada pendekatan seimbang untuk mengecilkan jurang pendapatan, memperkuatkan kuasa pembelian dan stimulasi permintaan domestik tanpa menjejaskan daya saing ekonomik negara"
katanya lagi.

Setakat Disember 2025, seramai 189,817 atau 91.7% daripada 206,987 pekerja tetap warganegara Malaysia dalam ekosistem mempunyai pendapatan RM3,100 atau lebih bagi pekerja GLC atau GLIC.

SAYS.com
Image via VOCKET

Penanda aras RM3,100 ini telah disemak semula setiap tahun berdasarkan perubahan kos sara hidup, dengan menggunakan pakai kajian daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Idham, sekiranya gaji disemak setiap tahun, peningkatan ini perlu sepadan atau mengatasi sedikit kadar inflasi tahunan yang dianggarkan tiga hingga lima peratus.

Semakan berkala penting dan perlu diambil kira inflasi, pertumbuhan produktiviti dan keadaan pasaran buruh akan mewujudkan sistem ganjaran yang lebih adil dan mampan terhadap perubahan ekonomi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: