Gara-Gara Hanya Kerana RM1.70, Peniaga Kini Berdepan Denda Hingga RM100,000
Difahamkan, peniaga berkeras dan enggan memberikan harga seperti dipaparkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gara-gara mempamerkan harga yang mengelirukan, dua premis perniagaan di Kuching bakal berdepan tindakan undang-undang
Harga yang mengelirukan tersebut adalah kerana mengenakan bayaran RM13.20 sedangkan barangan yang dipamerkan pada harga RM11.50.
Kedua-dua premis berkenaan bakal didenda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Menurut laporan dari Berita Harian, kesalahan ini dikesan dalam operasi pemeriksaan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak.

Perbezaan RM1.70 menyebabkan pelanggan rugi
Pelanggan terbabit juga telah memaklumkan perkara ini kepada peniaga dan meminta bayaran dikenakan mengikut harga yang dipamerkan.
"Bagaimanapun, peniaga berkeras dan enggan memberikan harga seperti yang dipaparkan," katanya.
Susulan itu, penguat kuasa telah menyita satu salinan lesen ordinan perniagaan, empat resit jualan, satu tanda harga dan satu tanda harga promosi bagi membantu siasatan lanjut.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoMengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu yang melakukan kesalahan pertama boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk syarikat pula, denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan pertama, manakala denda RM200,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via