Garis Sesar Mersing Kembali Bernyawa, Tiada Bukti Peningkatan Gempa Bumi Di Malaysia – Pakar
Pakar menegaskan tiada punca bukti konklusif menunjukkan peningkatan aktiviti gempa bumi di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Garis sesar purba di Malaysia baru-baru ini dikesan menunjukkan tanda pergerakan dan pelepasan tenaga yang lebih kerap
Petunjuk konkrit seperti Sesar Mersing (Johor) telah dikenal pasti mula aktif selepas lebih 100 tahun tanpa rekod.
Menurut laporan dari Harian Metro, Pensyarah Kanan Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rozi Umor mengatakan sisi gegaran di Segamat (gempa utama magnitud 4.1, gempa susulan magnitud 2.8 serta magnitud 3.2) dan gegaran magnitud 3.3 di Batu Pahat baru-baru ini menunjukkan pergerakan yang berterusan dalam sistem sesar yang sama.
Menurut beliau, proses pelarasan semula tenaga tektonik ini terkumpul dalam sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi yang dipengaruhi oleh sambungan Sesar Mersing.
"Rekod sejarah menunjukkan Johor pernah dilanda gempa lebih kuat (magnitud 5.4 dan magnitud 5.0) pada tahun 1922.
"Oleh itu aktiviti sesar di Semenanjung bukan fenomena baharu, cuma sekarang lebih kerap direkodkan berbanding sebelum ini," katanya.

Pakar menegaskan tiada punca bukti konklusif menunjukkan peningkatan aktiviti gempa bumi di Malaysia
Walau bagaimanapun, dengan peningkatan teknologi pemantauan yang dibuat berdasarkan gempa kecil boleh dilihat oleh orang ramai, sensor seismik daripada METMalaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dinaik taraf sejak dua dekad ini.
Malaysia kini mempunyai lebih 47 stesen seismik seluruh negara, sekali gus membolehkan pihak mereka mengesan dan melaporkan gegaran kecil magnitud 2.0 dan 3.0 yang sebelum ini tidak terkesan.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Rozi Umor, aktiviti gegaran kuat di semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku di Johor. Kali terakhir gegaran bermagnitud 5.0 dan 5.4 adalah pada tahun 1922.

Pensyarah Kanan Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Rozi Umor
Image via UKMContoh yang sama boleh dijumpai di negara ini, di mana gegaran kecil di Bukit Tinggi di Pahang dan gempa bumi di Ranau, Sabah, menunjukkan sesar yang telah aktif setelah kian lama.
Diantara tahun 2016 dan 2020, JMG telah memetakan 11 zon aktif sesar seluruh negara dimana enam terletak di semenanjung termasuk sesar Bok Bok di Kedah dan Perlis termasuk Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sistem pemantauan negara mampu mengesan gempa bumi jarak jauh dan memberikan amaran tsunami.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via