Guna Kertas Kajang Demi Hantar Resume, Usaha Gigih Pemuda Ini Dipuji Ramai!

Orang macam ini yang kita patut ambil bekerja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @amer_ucop (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mencari kerja bukanlah satu perkara yang mudah, ada yang berjaya ada yang tidak

Ramai orang berusaha mendapatkan kerja dengan apa cara sekali pun demi kelangsungan hidup.

Seorang lelaki bernama @amer_ucop di Threads baru-baru ini berkongsi gambar yang menunjukkan seorang individu berumur 22 tahun yang memohon kerja tetapi menggunakan resume paling unik setakat ini buat dirinya.

"Pertama kali dalam hidup aku tengok orang buat resume pakai kertas Kajang. Zaman sekarang ni kot!" katanya di Threads.

Bukan untuk menyindir dia, sebaliknya memuji tindakan individu tersebut kerana tetap berusaha menggunakan apa yang ada untuk memohon kerja kosong di kedai gajet miliknya.

SAYS.com
Image via @amer_ucop (Threads)

Rata-rata netizen memuji individu tersebut kerana tetap berusaha untuk mendapatkan kerja

Amer juga mengatakan bahawa sesetengah individu yang memohon kerja apabila diminta resume terus menghilang dengan pelbagai alasan.

"Tapi jujur cakap aku lagi hormat budak ni" katanya lagi.

SAYS.com
Image via @amer_ucop (Threads)


Seorang pengguna Threads mengatakan mungkin individu tersebut adalah orang susah, tetapi tetap berusaha untuk mencari kerja.

Ramai memuji usaha individu ini untuk tetap bekerja walaupun tidak mempunyai kemudahan yang cukup.

"MasyaAllah. Bayangkan budak ni orang susah. Tak ada laptop. Tak ada komputer. Nak upah orang buat resume pun tak ada duit. Tak pernah dapat exposure tentang cara nak buat resume. Jangan judge ya. Nak pergi buat kat kedai pun takde duit. Sesiapa yang baik hati, interview lah dia. Tengok tahap dia dari sudut lain pulak macam mana. Saya doakan budak ni berjaya insyaAllah"

"Rajin, ada usaha, creative dan pandai cari penyelesaian. Bagussss nyaa dia! Semoga dia dipermudahkan urusan."

"Ambil dia. Serius orang macam ni boleh dibentuk."

"Dia ada inisiatif. Dia boleh berfikir. Benda takde, dia boleh usahakan supaya ada. Bos tak pening kepala sangat kalau ambil dia bekerja. InshaAllah dia boleh jadi staf yang baik dan kerja lama."


Rata-rata suka dengan sikap individu tersebut yang sangat bersungguh-sungguh dan hanya memerlukan bimbingan untuk terus maju ke arah lebih baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: