Guna Semut Kering Terlarang Sebagai Hiasan, Cef Michelin Star Ini Bakal Dipenjara
Betul-betul kes makanan eksotik yang unik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pendakwa Raya Korea Selatan sedia untuk menghukum 1 tahun penjara kepada pemilik restoran Michelin dua bintang di Seoul
Tertuduh bakal didenda atau dipenjarakan kerana menggunakan ribuan semut hitam kering untuk hiasan di atas makanan fine dining.
Menurut SBS News, pengendali dan syarikat itu telah melanggar Akta Kebersihan Makanan kerana mengimport semut hitam kering dari Amerika Syarikat dan Thailand sejak tahun 2021.
Pemfailan mahkamah mengatakan restoran tersebut telah memasukkan lebih 49,000 semut kering dalam menu mereka sejak empat tahun lepas.

Antara makanan yang digunakan hiasan semut kering ini adalah sorbet yang diperbuat daripada sikhye, iaitu minuman tradisional Korea Selatan yang mempunyai rasa manis semula jadi dengan aroma malt. Minuman ini selalunya dihidangkan sejuk sebagai pencuci mulut.
Pendakwa mengatakan restoran tersebut telah menjamu lebih 12,200 pencuci mulut yang mempunyai semut kering itu dan telah menjana wang sebanyak 120 juta won (RM384,000).

Di bawah peraturan keselamatan Korea Selatan, hanya 10 jenis serangga dibenarkan untuk dimakan manusia
Antara 10 serangga tersebut adalah beberapa jenis belalang, belalang juta dan cacing makan (mealworm) sahaja yang dibenarkan oleh kerajaan Korea Selatan..
Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan telah menjalankan penyiasatan setelah melihat beberapa ciapan di media sosial dan blog yang memaparkan pencuci mulut dengan serangga.
Laporan makmal pula mendapati semut yang diimport tersebut mempunyai kepekatan logam berat sehingga 55 kali ganda lebih berbahaya daripada produk serangga lain yang sah untuk dibeli dan dimakan.

Walaupun pihak restoran mengaku mereka menggunakan serangga import berkenaa, tetapi mereka tidak menerima jumlah kiraan dari pendakwa raya kerana menganggap semua makanan mereka mempunyai semut kering tersebut.
Pihak restoran mengatakan hanya 60% sahaja pelanggan yang bersetuju untuk makan pencuci mulut dengan hiasan semut hitam kering berkenaan. Mereka juga mengesahkan hanya satu menu sahaja mempunyai semut hitam kering itu.
Difahamkan, keputusan mahkamah ini dijangka akan selesai pada 2 September nanti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via