Guru Didakwa Baling Pemadam Hingga Murid 7 Tahun Lebam Dekat Mata, Mengaku Tak Bersalah

Polis mendapati tindakan itu dipercayai berlaku selepas tertuduh mendakwa murid berkenaan tidak memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan berusia tujuh tahun dengan membaling pemadam papan putih sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan berhampiran mata

SAYS.com
Image via Kosmo!

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), tertuduh, Fakhriah Bustani, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid terbabit dalam satu kejadian di sebuah sekolah kebangsaan di Tongkang Pecah pada jam 9 pagi, 1 April lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 sebelum menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen

SAYS.com
Image via FMT

Menurut siasatan, mangsa pulang ke rumah selepas kejadian dan memaklumkan kepada keluarganya bahawa seorang guru telah membaling pemadam papan putih ke arahnya sehingga terkena bahagian bawah mata kanan.

Polis mendapati tindakan itu dipercayai berlaku selepas tertuduh mendakwa murid berkenaan tidak memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bawah mata kanan, manakala pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan kecederaan tersebut adalah selaras dengan kejadian yang dilaporkan.

Kes berkenaan sebelum ini mengundang perhatian ramai selepas gambar kecederaan mangsa tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai isu disiplin serta keselamatan murid di sekolah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: