Guru-Guru Cerita Pengalaman Hadap Ibu Bapa Toksik Ketika Mengajar Di Sekolah
Ramai guru meluahkan kerisauan mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Guru adalah tunjang utama dalam mendidik dan bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid tetapi memastikan murid mempunyai sahsiah yang baik
Sejak tayangan K-drama 'Teach You a Lesson', banyak guru dan ibu bapa menceritakan pengalaman mereka mengenai apa yang telah berlaku di sekolah.
Karakter dilakonkan Park Ji Yeon sebagai ibu kepada Woo Jin dalam Episod 5 nyata memberi kesan mendalam kepada orang ramai. Ia menceritakan mengenai seorang ibu yang merasakan dia melindungi anaknya tetapi sebaliknya merosakkan hidup orang-orang lain dan tanpa disedari anaknya sendiri.

Drama itu sedikit sebanyak membuka mata sebenarnya banyak masalah-masalah yang berlaku kepada anak-anak, guru mahupun ibu bapa tetapi ada sesetengah masalah itu hanya dipandang sebela mata sahaja.
Dikongsikan di Threads, seorang pengguna telah bertanya soalan pengalaman guru-guru berhadapan dengan ibu bapa yang terlalu mendesak dan bukan sekadar menjaga tepi kain malah lebih daripada itu.
Pengalaman berbeza dari diganggu sehinggalah desakan tidak masuk akal
Diceritakan oleh seorang guru bahawa dia telah diganggu oleh ibu bapa sehingga pukul 10 malam, yang mengatakan anaknya dibuli. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
"Saya pernah dalam ws, call jam 10 malam sebab anak dia kata kene buli. guru kelas dia tak endahkan aduan dia. padahal saya kenal je anak dia memang kaki spin cerita. esok nye ws lagi tanya jalan penyelesaiannya. memang saya suruh dia direct jumpa kat sekolah. saya inform je "anak encik memang nakal dalam kelas. encik tahu hat dia kena buli.. tapi tak tahu hat dia buli orang lain pulak. " berani tak mengaku budak tu.. memang kena la dengan kita".

Seorang lagi apabila ibu bapa yang mahukan guru sentiasa mengemas kini keadaan pembelajaran anak setiap kali selepas belajar untuk kesemua subjek. Apabila tidak berpuas hati ibu bapa tersebut menceritakan perkara buruk kepada guru-guru lain.
"Saya pernah jugak jumpa parent mcm ni tapi xdelah teruk dalam drama ni. Cumanya dia wssp guru subjek suruh update pembelajaran anak dia setiap kali lepas belajar. Semua guru subjek mcm tu jgk dia nak. Lepas tu kalau ada yang dia tak puas hati dia mengata pasal cg tu dgn cg lain. Bila anak dia tak siap kerja saya bgitaulah dalam group kelas lps tu dia bising ckp anak dia selalu je buat kerja. Hari sabtu ahad demam. Saya bgi kerja hari isnin esoknya. Apa kena mengena?"

Gambar sekadar hiasan
Image via Harian MetroIbu bapa itu juga mengatakan anaknya sebaliknya tidak percaya mempunyai masalah keyakinan sehingga berpindah sekolah.
Seorang lagi guru menceritakan kejadian dengan nenek pelajar dan bukannya ibu bapa. Nenek tersebut tidak dapat menerima bahawa cucunya mempunyai masalah pembelajaran Disleksia.
"Pernh yer.. Sy kne sembur degn nenek student. Dia ckp cucu dia xpndai math.. Dia smebur depan org tau.. Malu sgt.. Dia xna terima cucu dia ada maslah pembelajaran.Dylexsia.. Ajr cm mne pon x dpt.. So mama budak ni na keluarkn dr tdika sbeb na anta dkt special school.. Nenk dia x bg.. Dia brain wash sy dia ckp.. Awk na ke sebb awk cucu sy kne pergi skolah khas.. Sy xnq cucu sy sekolah sna. Mcm2 dia ckp.. Sedih..nenek dia pon bodohkn ank dia.. Dia ckp ank dia bodoh sebb x pantau ank dia.." katanya.
Ada seorang guru menceritakan bahawa dia telah dituduh menakutkan anak mereka sehingga guru-guru lain hairan dengan setiap pesanan atau aduan yang dilakukan oleh ibu bapa tersebut.
"Pernah kena, huhu anaknya jenis snyap je.. tak nakal pun, so takde sebab pun tc nak marah or tegur ke apa.. memang nampak baik jee.. Tapi ade seminggu tu dia datang sekolah, setiap hari ade je pesanan mak dia.."tc, nanti tolong eh bukakkan butang baju dia"."tc, dia takut nak cakap dengan tc". "tc, ini, tc,itu". Literally 1 minggu tuuuu, hari hari ade pesanan.. Sampai semua tc pelik .. kita ade buat salah ke apa ke rupanya anak dia balik cerita bukan2 , dia cakap dia takut la apa la.."

Ada juga diceritakan guru-guru yang sebaliknya mendiamkan diri atau hanya menadah apa sahaja yang telah dilakukan oleh ibu bapa murid mereka.
Sahsiah bukan sahaja di sekolah tetapi di rumah. Sesuai dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya' menjadi peringatan pembentukan sahsiah dan keperibadian seseorang perlu bermula sejak kecil lagi.
Bagi guru dan ibu bapa yang menghadapi pelbagai masalah dengan anak mereka di sekolah, perlulah menggunakan saluran yang betul dan sebaliknya menyelidik setiap aduan yang dibuat terlebih dahulu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via