Guru Kontrak Dari Indonesia Kerja 40 Tahun, Kongsi Gaji Terakhir Hanya RM95

Bersara setelah 40 tahun berbakti mendidik anak muda Indonesia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @buijah28 / TikTok

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah 40 tahun dedikasi sebagai seorang guru dan pendidik, guru dari Indonesia ini berkongsi gaji terakhirnya

Digelar sebagai Bu Ijah atau nama sebenar Adriyani, 63 tahun, telah berkongsi gaji terakhirnya di TikTok.

Beliau memberitahu bahawa dirinya memutuskan untuk berhenti menjadi guru sambil menunjukkan sampul wang diterima yang hanya berisi Rp 414,000 (RM95) sahaja.

Bu Ijah juga merupakan seorang guru yang telah mengajar di salah sebuah sekolah di Jakarta.

"Saya Bu Ijah, pada Jun 2026, saya memutuskan berhenti menjadi guru setelah 40 tahun berkhidmat, dengan membawa gaji terakhir Rp 414,000, mari kita hitung," katanya.

Dikongsikan oleh @one_oca di Threads telah mendapat perhatian ramai netizen Indonesia dan juga Malaysia yang terkejut dengan betapa rendahnya gaji seorang guru di negara seberang.

SAYS.com
Image via @buijah28 / TikTok

Rata-rata netizen terkejut dengan nilai sekecil ini untuk guru yang berbakti selama 40 tahun

Menurut beliau, keputusan menjadi seorang guru kontrak adalah daripada dirinya sendiri.

Melihat di komen, ramai memuji Puan Adriyani kerana telah berbakti tanpa penat lelah mendidik dan mengajar walaupun dengan gaji yang sangat rendah.

Ada juga yang menyoal mengapa pemerintah negara itu tidak mengambil tindakan atau mencari inisiatif untuk menaikkan sedikit gaji-gaji para guru ini.

SAYS.com
Image via @buijah28 / TikTok

"Tidak semua orang mampu untuk menjadi guru, jika mahu mencari wang janganlah jadi guru. Bagi saya menjadi guru pekerjaannya mulia dengan menyebarkan ilmu kepada orang lain," kata satu komen di TikTok.

"Jauh beza gaji guru di Malaysia boleh gaji terakhir RM10k hingga RM12k."

"Mudahan jasa khidmat mu mendidik anak bangsa menjadi manusia diberikan pahala dan amalan kebaikan kepadang mashyar kelak"

Difahamkan juga, Bu Ijah berkemungkinan besar lambat dalam mendapatkan pensijilan. Mengikut pemerintahan Indonesia, usia 60 tahun sudah dikira sebagai berpencen dan oleh itu dia tidak lagi layak untuk mendapat dana pensijilan sekaligus pensijilan tersebut dihentikan.

Guru kotrak di Indonesia dengan pensijilan yang sah lazimnya akan dibayar diantara Rp 300 ribu hingga Rp 2 juta (RM70-RM456).

Beliau juga menambah, tidak mahu mencari salah siapa dalam perkara ini, tanpa menyalahkan sekolah, yayasan, mahupun pemerintah atas keadaannya tersebut.

Moga selepas ini dimurahkan lagi rezeki seorang pendidik tidak kiralah yang baru berbakti atau sudah lama, terus mengekalkan semangat mendidik anak bangsa.

Video penuh disini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: