Hanya 1% Daripada 14 Juta Pengguna Guna Lebih 200 Liter Sebulan
Tidak seramai yang disangka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hanya 1 peratus daripada 14 juta pengguna menggunakan BUDI95 melebihi kuota 200 liter sebulan
Dilaporkan oleh New Straits Times, data ini dikeluarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang dikesan melalui pemantauan berkala berdasarkan nombor kad penyenalan (MyKad).
Hal ini sekaligus menunjukkan hanya 140,000 pengguna sahaja yang menggunakan lebih dari kuota 200 liter sebulan.
"Sesiapa sahaja yang menggunakan BUDI95 wajib mendaftar kad pengenalan mereka ke dalam sistem. Terdapat 3 juta transaksi sehari direkodkan di dalam pangkalan data untuk dianalisa dan disahkan.
"Sejak Oktober 2025 sehingga bulan lepas, kami mendapati sistem BUDI95 beroperasi dengan lancar di seluruh negara," katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Image via ThreadsMajoriti penggunaan diesel berada di bawah 300 liter sebulan
Menurut Amir Hamzah, memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), lebih 80 peratus pengguna diesel menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan dengan purata 140 liter sahaja.
Tambahan lagi, mengikut keperluan penggunaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori pikap biasanya digunakan oleh peniaga kecil serta pengangkutan di luar bandar, kerajaan telah memberikan kelayakan tambahan 100 liter di bawah Budi Madani Diesel mengikut permohonan.
"Menurut data DOSM, 95% pengguna diesel menggunakan kurang dari 300 liter sebulan. Oleh itu, jumlah kelayakan bulanan sebanyak 300 liter adalah mencukupi untuk majoriti rakyat," katanya lagi.

MyKad sebagai medium pengagihan subsidi berjaya menutup ketirisan dana awam
Amir Hamzah juga menegaskan MyKad sebagai mekanisme pengagihan subsidi telah banyak membantu dalam menutup ketirisan yang sebelum ini menyebabkan dana awam terkeluar dan menjejaskan bekalan bahan api ketika tempoh krisis.
Bagi sistem Budi Diesel pula, penggunaan MyKad dijangka mampu mengurangkan ketirisan bahan api sehingga satu bilion liter setiap tahun.
Sistem baru diesel juga akan diperkenalkan yang berkongsi had kuota 200 liter sama dengan Budi Madani RON95 akan berkuat kuasa 1 julai ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via