Hanya Sebab Guna Warna Merah Hati Bukan Merah, Jawapan Betul Murid Tahun 1 Ini Dikira Salah

Difahamkan, jawapan itu dikira salah dengan alasan murid perlu 'cakna dengan arahan'.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya kerana tona warna merah yang lain, seorang guru telah menolak jawapan seorang murid tahun satu

Dikongsikan oleh @cikgukamil4436 di Threads, gambar soalan dan perbualan ibu dengan guru di WhatsApp juga dikongsikan bagi murid Tahun 1 untuk subjek Sains.

Mengikut soalan, murid tersebut perlu mewarnakan kuning bagi 'benda hidup' dan merah bagi 'benda bukan hidup'.

Walaupun murid tersebut berjaya mengelaskan semua objek dengan betul dan menjawa bahagian bertulis tanpa salah tetapi jawapannya untuk warna objek tetap salah kerana tidak menggunakan merah terang.

Kecewa dengan tindakan penerimaan jawapan yang terlalu ketat, ibu murid itu mempertahankan anaknya dengan menjelaskan fokus utama subjek Sains adalah untuk memahami konsep bukannya teknikal warna.

SAYS.com
Image via @cikgukamil4436 / Threads

Jelas cikgu itu, warna digunakan murid terbabit lebih kepada merah hati bukan warna merah terang

Dalam perbualan WhatsApp, guru tersebut mempertahankan kesalahan itu kerana anak muridnya menggunakan merah hati.

"Waalaikumsalam, warna merah dia tu lebih kepada merah hati kan, setahu saya dia seorang yang salah, orang lain semua betul, dia cakap dia tidak ada warna merah terang," kata guru tersebut kepada ibu murid tersebut.

SAYS.com
Image via @cikgukamil4436 / Threads

Ibu murid tersebut mempertahankan anaknya kerana ini adalah subjek Sains tahun satu dan fokus utamanya adalah pengelasan, dan anaknya telah berjaya mengelas kedua-dua kategori hidup dan bukan hidup.

"Minta maaf cikgu, saya faham mungkin warnanya agak gelap atau merah hati. Tetapi ini subjek Sains Tahun 1, dan fokus utamanya adan pengkelasan benda hidup dan bukan hidup. Dari segi pemahaman konsep, anak saya warnakan kumpulan yang betul mengikut arahan soalan.

"Sains menilai kefahaman minda, bukan menilai set pensel warna siapa yang lebih lengkap. Kasihan pada murid yang sudah faham konsep Sains tapi ditolak markah hanya kerana isu ton warna pensel. Mohon cikgu pertimbangkan semula demi motivasi anak saya untuk belajar,"
kata ibunya.

SAYS.com
Image via @cikgukamil4436 / Threads

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna Threads tidak bersetuju dengan sikap tidak bertolak ansur guru tersebut. Terdapat juga beberapa guru yang mengatakan mereka tidaklah setegas ini dalam jawapan anak murid mereka.

"Bagi contact cikgu tu, biar aku brainwash dia. Murid aku buat warna pink pun aku tanda betul. Pencil colour murid tone warna tak sama. Aku pula panas baca balasan cikgu ni," kata seorang guru di Threads.

"Sedangkan budak tak sempat jawab/kosong pun kita bagi peluang lagi jawab, kembalikan semula kertas. Ni pulak warna yang jelas sekali lah merah," kata @zafirahahmad di Threads.

"Merumitkanlah, skema jawapan pun rasanya tak macam tu. Adoi," kata pengguna di Threads.

"Maaf cakap. Sebagai orang yang bekerja menggunakan warna SETIAP HARI, merah adalah merah. Tidak kiralah tona apa yang digunakan. Ini kelas Sains bukan kelas Seni. Jangan merumitkan keadaan untuk anak kecil," ujar ixarazen di Threads.

Walaubagaimanapun, guru tersebut tetap mempertahankan tindakan dengan alasan murid perlulah lebih 'cakna dengan arahan' dan meminta kertas tersebut dipulangkan semula pada hari Jumaat untuk diperbetulkan.

Isu tiada warna merah terang adalah isu teknikal alat tulis bukan anaknya tidak memahami arahan yang telah diberikan.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: