Haram Gunakan Duit Yuran Penyertaan Sebagai Hadiah Pertandingan Kepada Peserta

Difahamkan, caj yuran penyertaan tidak boleh digunakan sebagai tabung hadiah pemenang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Malaysia Press & Gambar Janaan AI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertandingan tidak mengira jenis selalunya menawarkan hadiah yang lumayan daripada caj yuran penyertaan

Perkara ini akan menyebabkan peserta masuk ke dosa perjudian secara tidak sedar pertandingan ini menggunakan kutipan caj yuran penyertaan yang mempunyai elemen perjudian.

Menurut laporan dari Berita Harian, amalan menjadikan yuran penyertaan pertandingan sebagai tabung hadiah pemenang semakin mendapat perhatian dan perkara ini berpotensi mengandungi unsur perjudian yang ditegah dalam Islam.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Yusry Affandy yang menyatakan bahawa terdapat garis pemisah jelas antara pertandingan yang dibenarkan dan yang bercanggah dengan syarak.

SAYS.com

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Yusry Affandy Md Isa al Hafiz

Image via Harian Metro

Terdapat garis pemisah jelas mengenai penggunaan yuran sebagai hadiah

Satu pertandingan itu boleh dikategorikan sebagai judi apabila memenuhi dua kriteria utama.

"Pertama, apabila yuran penyertaan peserta dikumpulkan dan digunakan sebagai hadiah kemenangan. Dalam situasi ini, pemenang memperoleh keuntungan hasil kerugian peserta lain, sekali gus mewujudkan elemen pertaruhan yang dilarang.

"Kedua, pertandingan yang bergantung sepenuhnya kepada nasib seperti cabutan bertuah berbayar tanpa membabitkan sebarang usaha atau kemahiran juga termasuk dalam kategori berkenaan.

"Ringkasnya, jika seseorang perlu membayar untuk peluang menang dan hadiah itu datang daripada bayaran peserta sendiri, maka ia mempunyai ciri perjudian,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Beliau menambah menggunakan yuran sebagai tabung hadiah secara langsung memenuhi definisi judi dalam perspektif fiqh dan peserta sebenarnya mempertaruhkan wang mereka dengan harapan memperoleh pulangan lebih besar.

Jika peserta kalah, wang terbabit hilang dan menjadi habuan kepada pemenang.

Terdapat beberapa cara untuk memastikan pertandingan kekal halal dan patuh syariah, iaitu dengan hadiah yang disediakan oleh penaja pihak ketiga tidak terbabit sebagai peserta atau menggunakan dana penganjur sendiri seperti bajet pemasaran tanpa menyentuh duit yuran peserta.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan bertanya kepada penganjur mengenai sumber hadiah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: