Hati-Hati Ibu Bapa Musim Influenza – “Wad Kanak-Kanak Di Hospital Semakin Ramai”

Mohon perhatian penuh buat semua ibu bapa di Malaysia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita telah mendakwa ward kanak-kanak di beberapa hospital kini semakin penuh akibat jangkitan penyakit bermusim

Dikongsikan oleh @diaacydaa_ di Threads, dia menasihati ibu bapa lebih berhati-hati untuk mengelakkan membawa anak-anak ke tempat permainan tertutup atau lokasi yang menjadi tumpuan orang awam.

Di komen Threads tersebut, ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan jika anak mereka akan berjangkit dengan beberapa influenza yang kini dalam "musim".

Antara jangkitan virus yang dikhuatiri adalah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), influenza Respiratory Syncytial Virus (RSV) (masalah pernafasan) dan semua penyakit ini semakin meningkat sehingga didakwa beberapa hospital kini semakin ramai dengan pesakit kanak-kanak.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Emirates Hospital

Kuarantin anak-anak yang kurang sihat di rumah

Jika anak-anak anda kurang sihat adalah dinasihatkan untuk kuarantin anak-anak anda daripada menghadiri taska atau sekolah.

Menerusi komen, banyak ibu bapa berkongsi pengalaman mereka mengenai keadaan anak-anak yang jatuh sakit secara tiba-tiba.

Ada yang mengkuarantinkan anak mereka, ada yang baru sahaja keluar dari wad, ada yang baru dijangkiti influenza dan pelbagai lagi situasi lain.

"Betul,anak-anak saya baru seminggu keluar wad stay 15 hari di wad tiga-tiga positif rotavirus," kata seorang ibu di Threads.

"Dah masuk musim HFMD, influenza dan RSV. Tolong sangat jangan bawa anak bermain di tempat indoor atau outdoor yang ramai kanak-kanak buat masa sekarang"

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via mamababy

"Rotavirus pun sama. Anak saya baru je discharge. 6 hari kat ward. Kitorang ada pergi mandi swimming pool sehari sebelum dia kena tu"

"Anak saya baru je lepas amek nebulizer. Batuk selesema tiba-tiba. Baru teringat, hari selasa ada bawa pergi pasar malam. Kesokkannya tu dah batuk kuat."

Wanita tersebut turut berkongsi anaknya sendiri yang pada mulanya hanya mengalami batuk, tetapi keadaan bertambah teruk sehingga masuk ke hospital. Selepas tiga hari dirawat, doktor mengesahkan anaknya dijangkiti RSV.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: