Helo Doktor Tour Dari MHTC, Jelajah Merapatkan Jurang Penglibatan Kesihatan & Kesejahteraan
Merapatkan jurang dan meningkatkan kesedaran mengenai keupayaan penjagaan kesihatan Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dengan kerjasama TV3 dan Tourism Malaysia melancarkan siri jelajah Helo Doktor Tour by MHTC
Inisiatif ini dibangunkan berasaskan program MH Wellness oleh MHTC yang bermatlamat untuk merapatkan jurang penglibatan kesihatan dan kesejahteraan bersama komuniti.
Selain itu, inisiatif ini turut meningkatkan kesedaran mengenai keupayaan penjagaan kesihatan Malaysia beserta tawaran pelancongan perubatan negara.
Evolusi ini membawakan dimensi baharu kepada penglibatan kesihatan dan kesejahteraan anjuran MHTC dengan memperluas perbincangan melangkaui skrin televisyen terus kepada komuniti

Menerusi platform Helo Doktor terbitan TV3, inisiatif ini merapatkan jurang antara kandungan kesihatan yang mudah diakses dengan interaksi awam secara langsung sekaligus memberi ruang lebih luas kepada orang ramai untuk mendalami aspek kesihatan.
Sebagai fasa rintis, program ini akan menampilkan empat episod Helo Doktor yang melibatkan barisan pengurusan kanan MHTC serta wakil hospital ahlinya. Melalui saringan kesihatan, aktiviti komuniti, dan kandungan televisyen digital di TV3.

Pelancaran Helo Doktor Tour.
Image via SAYS (Mike)Melonjakkan inisiatif MH Wellness ke tahap lebih tinggi
Ketua Pegawai Esekutif MHTC, YBhg. Dato' Suriaghandi Suppiah mengatakan inisiatif ini akan dibawa ke tahap lebih tinggi.

Ketua Pegawai Esekutif MHTC, YBhg. Dato' Suriaghandi Suppiah
Image via SAYS Seismik (Mike)"Melalui gabungan hospital ahli kami, TV3, dan Tourism Malaysia, kita berupaya menghubungkan komuniti ekspatriat, pelancong kesihatan, dan orang awam dengan maklumat perubatan yang relevan, sekali gus memaparkan kepakaran mendalam yang dimiliki oleh Malaysia Healthcare. Ini juga peluang untuk berkongsi gambaran menyeluruh mengenai Malaysia sebagai Destinasi Penjagaan Kesihatan Pilihan. Kepakaran klinikal disempurnakan lagi dengan keramahan dan penjagaan mesra yang menjadi teras pengalaman pesakit," ujar beliau.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi Media Prima Rangkaian Televisyen & Kandungan, Farah Shamsudin
Image via SAYS (Mike)Manakala itu, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Media Prima Rangkaian Televisyen & Kandungan, Farah Shamsudin mengatakan jalinan kerjasana dengan MHTC meberi platform lebih luas kepada Helo Doktor untuk menangani isu kesihatan lazin dan memastikan orang ramai memahami ekosistem perkhidmatan kesihatan yang ada di Malaysia.
"Kekuatan Helo Doktor terletak pada keupayaannya menterjemah topik kesihatan yang kompleks kepada maklumat yang jelas, praktikal, dan dekat di hati penonton," katanya.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim juga menegaskan keunikan Malaysia yang merangkumi keindahan destinasi, kepelbagaian budaya, keramahan rakyat, dan pengalaman pelawat bertaraf dunia, selaras dengan aspirasi Malaysia Beautifully Yours menyatukan rawatan dan pengalaman pelancongan.
Helo Doktor adalah sebuah rancangan bual bicara mengenai topik yang melibatkan kesihatan dan perubatan dan diolah menjadi lebih mudah untuk difahami orang ramai.

Helo Doktor Tour by MHTC dijangkakan berkembang ke seluruh negara menjelang 2027 di lebih banyak lokasi dan membuka penyertaan kepada lebih banyak hospital ahli MHTC.
Pada 28 November ini, MH Wellness Fair yang memberi fokus kepada pediatrik dan kesihatan kanak-kanak akan diadakan di The Gallery (Level G2), Publika Shopping Gallery.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via