Hukum Sertai Kutu Emas Untuk Simpanan, Ini Penjelasan Mufti Wilayah
Difahamkan, hukumnya adalah harus dengan syarat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
'Main kutu' telah menjadi salah satu amalan masyarakat Malaysia untuk mengurus kewangan bersama
Namun bukan sahaja untuk wang tetapi konsep kutu emas juga ada sebagai salah satu bentuk simpanan yang lain daripada wang.
Emas kini adalah antara barang paling bernilai sejak peningkatan harga mendadak tahun lepas dengan nilai RM590 ke RM646 segram.
Disebabkan semakin ramai orang yang menyertai kutu emas, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan penjelasan hukum mengenai perkara ini di laman rasmi mereka.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kedai EmasHukum sertai program kutu emas adalah harus
Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum sertai program ini adalah harus jika tidak berlakunya riba dan setiap ahli kutu menepati perjanjian jual beli emas pada waktu yang telah ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan
Image via Janaan AIMufti juga mengatakan hukum ini adalah harus sekiranya memenuhi dua gambaran di bawah:
Gambaran 1:
Hukumnya harus sepertimana kutu duit yang biasa diamalkan iaitu mengambil hukum akad qurud mutabadilah yang dibenarkan sebahagian ulama. Kemudian, dalam hal pembelian emas pula, tidak berlakunya riba nasi'ah (bertangguh) oleh kerana emas dibeli dengan harga semasa dan secara tunai oleh pemilik giliran.
Gambaran 2:
Hukumnya juga harus. Perjanjian yang telah dibuat oleh "Mak Kutu" dan ahli kutu melibatkan locked price dan jual beli emas pada waktu tertentu wajib dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat berdasarkan prinsip perjanjian bersama (muwa'adah). Sebarang pelanggaran janji sekiranya mengakibatkan kerugian pada suatu pihak, maka pihak yang melanggar janji perlulah menanggung kos kerugian sebenar tersebut. Begitu juga hutang yang berlangsung sesama ahli kutu adalah harus melihat kepada keharusan qurud mutabadilah sama seperti gambaran pertama di atas.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroSelagi sistem ini telus dan dipersetujui bersama oleh semua pihak dan manfaat diberikan secara adil maka ia diharuskan dalam Islam.
Mufti juga berpesan, supaya umat Islam lebih berhati-hati dari terjebak dengan perkara yang menyalahi hukum syarak dan ahli kutu perlu lebih berhati-hati supaya tidak diperdaya oleh sebahagian ibu kutu yang mengenakan yuran keahlian.
Setiap penyertaan ini perlulah menepati syarat-syarat kontrak, perjanjian, ketelusan dan persefahaman semua orang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via