Ibu Bapa Dibenar Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Aspek Kesihatan Akibat Jerebu
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa yang mengambil langkah sedemikian hanya perlu memaklumkan perkara berkenaan secara rasmi kepada pihak sekolah masing-masing.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta situasi semasa, khususnya di kawasan terjejas.
Sebarang tindakan atau keputusan pemakluman pengurusan sekolah adalah tertakluk sepenuhnya kepada garis panduan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
"Saya faham kebimbangan ibu bapa melihat keadaan jerebu ketika ini. Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil," katanya.

Apabila IPU melebihi paras 200, sekolah akan ditutup serta-merta
Menurut garis panduan penetapan rasmi KPM, semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah dihentikan serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 100. Manakala penutupan pengoperasian sekolah secara fizikal akan dilaksanakan sekiranya bacaan IPU di sesebuah kawasan melepasi paras 200.
Berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) pagi ini, Samarahan di Sarawak mencatatkan status kawasan terjejas teruk apabila menjadi satu-satunya lokasi yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu pada paras 226. Dalam pada itu, sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, manakala 24 kawasan merekodkan tahap sederhana dan dua kawasan berada pada tahap baik.

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur menyebabkan beberapa mercu tanda terkenal KLCC, Menara Kuala Lumpur dan TRX tidak lagi kelihatan dengan jelas.
Image via Kosmo!Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via