IKEA Cheras Umum Restoran Sweden Ditutup Sementara Untuk Kerja Penyelenggaraan
Pelanggan masih boleh mendapatkan makanan dan minuman di bahagian kafe serta bistro IKEA Cheras yang kekal beroperasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau korang bercadang nak makan bebola daging atau salmon di IKEA Cheras dalam masa terdekat, mungkin kena tangguhkan dulu hasrat tersebut
Hal ini kerana IKEA Malaysia memaklumkan bahawa Restoran Sweden di IKEA Cheras ditutup sementara bermula 17 Jun 2026 bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Menurut kenyataan yang dikongsikan di media sosial, penutupan itu dilakukan bagi memastikan restoran tersebut terus memenuhi piawaian kebersihan tinggi yang ditetapkan oleh IKEA serta pihak berkuasa kesihatan di Malaysia.

Tiada tarikh pembukaan semula diumumkan
Setakat ini, IKEA tidak mendedahkan bila restoran berkenaan akan dibuka semula, sekali gus menyebabkan ia ditutup sehingga diberitahu kelak.
Walau bagaimanapun, beberapa gambar yang dikongsikan pengguna di Threads dipercayai menunjukkan notis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyatakan restoran itu ditutup bermula 17 Jun hingga 1 Julai. Namun, perkara tersebut masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak IKEA.


Kafe dan bistro masih beroperasi seperti biasa
Meskipun restoran utama ditutup buat sementara waktu, pelanggan masih boleh mendapatkan makanan dan minuman di bahagian kafe serta bistro IKEA Cheras yang kekal beroperasi sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.
IKEA turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kesabaran dan pemahaman mereka, sambil menyatakan tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung semula sebaik sahaja restoran tersebut bersedia untuk dibuka.
Tinjauan di ruangan komen pula menyaksikan ramai pelanggan meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati menu popular seperti Swedish Meatballs dan chicken wings, selain berharap restoran berkenaan dapat beroperasi semula dalam masa terdekat.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via