Indonesia Catat 657 Individu Dinamakan Sempena Watak Anime Ikonik & Ribuan Bintang Pop Popular
Doraemon dan Ariana Grande juga tak terlepas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ratusan anak-anak di Indonesia dinamakan dengan watak dari francais anime
Minat terhadap anime dari negara tersebut sangat tinggi sehingga selalunya digelar 'Konoha' dan kini telah menjadi realiti yang lebih besar dari biasa.
Konoha adalah perkampungan ninja yang menjadi tempat tinggal buat Naruto dalam siri berkenaan. Bagi warga Asia Tenggara, Konoha merupakan slanga satirikal yang selalu digunakan untuk merujuk kepada Indonesia.
Bagi menunjukkan betapa besarnya minat orang Indonesia terhadap anime, ibu bapa Indonesia memberikan komitmen lebih padu dengan meletakkan nama tersebut secara rasmi pada sijil kelahiran.

Menurut Direktorat Jeneral Kependudukan dan Pencatatan Sipil Indonesia, pada bulan Ogos sahaja, seramai 347 anak menggunakan nama Uzumaki atau Naruto, 158 nama Sasuke, 181 nama Nobita dan 79 orang menamakan anak mereka D. Luffy dari One Piece.
Lebih mengejutkan, 16 orang dinamakan Doraemon. Robot kucing bewarna biru ini nyata memberi impak besar kepada hidup mereka.

Karakter anime popular kekal menjadi nama pilihan buat beberapa peminat tegar
Pengarah Teguh Setyabudi mengatakan perkara ini sangat menarik hati banyak peminat tegar untuk menamakan anak mereka nama sama dengan watak-watak anime.
Antara nama yang paling menarik buat beliau ialah Suneo, di mana ada 8 orang yang telah mendaftarkan Suneo sebagai nama dan dianggap sebagai karakter yang paling "bising" dalam Doraemon.

Anak pengarah tersebut juga mengaku menonton Naruto setiap kali makan malam. Nama keluarga ikonik dari Naruto juga tidak terlepas dari Uchiha, Uzumaki, dan lain-lain.
Dari anime ke pentas musik dengan nama bintang pop popular
Obsesi nama anak dengan bintang terkenal juga tidak terlepas dari warga Indonesia. Bintang-bintang terkenal juga wujud dalam pendaftaran negara mereka, malah ribuan nama bintang pop ada di dalam pangkalan data.
Antara nama-nama tersebut adalah Olivia Rodrigo, Justin Bieber, Ariana Grande dan Selena Gomez.

Paling menarik, Ariana Grande merupakan nama yang paling banyak diberikan iaitu 15,281 orang di Indonesia, dan Selena Gomez dengan 5,553.
Teguh Setyabudi mengatakan, perubahan trend nama ini telah berubah mengikut masa. Orang lebih muda di Indonesia tidak lagi mahu menggunakan nama-nama lama yang telah lama wujud dalam tradisi dan budaya mereka.
Sebaliknya, mereka menggunakan nama-nama karakter yang telah membentuk zaman kanak-kanak dan lebih bermakna kepada individu, terutamanya nama yang membawa rasa pengembaraan ke dunia yang lebih besar.
Mungkin selepas ini kita akan melihat beberapa rakyat Malaysia menamakan anak mereka Boboiboy, Ejen Ali, Upin & Ipin, Keluang Man dan pelbagai lagi watak-watak ikonik yang ada di Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via