Indonesia Sahkan Rakyat Malaysia Paling Ramai Melancong Ke Sana Bagi Tahun Ini
Lebih kurang 228,710 pelancong Malaysia melawat Indonesia pada bulan Julai sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia kekal antara pelancong asing terbesar yang melawat Indonesia pada Julai tahun ini
Dilaporkan oleh Harian Metro, kenyataan ini dimaklumkan oleh Timbalan Badan Pusat Statistik (BPS) bagi Statistik Pengagihan dan Perkhidmatan, Ateng Hartono, mengatakan kira-kira 228,710 pelancong Malayusia melawat Indonesia pada Julai sekali gus mengatasi pelancong Australia sebanyak 188,250 dan warga China sebanyak 156,750.
"Secara bulanan, ketibaan pelancong asing dalam kalangan pemegang pasport Australia dan China mencatatkan peningkatan, manakala pemegang pasport Malaysia menunjukkan penurunan.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan tahun ke tahun (YoY), ketibaan pelancong asing meningkat dalam kalangan pemegang pasport Malaysia, Australia, dan China," katanya.

Ketibaan pelancong Malaysia ke Indonesia meningkat berbanding Jun
Berbanding dengan bulan Jun, ketibaan pelacong Malaysia meningkat sebanyak 7.83%.
Menurut Ateng, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menjadi pintu masuk utama buat pelancong asing dan telah menerima 697,800 ketibaan.

Rakyat Malaysia kerap melancong ke Indonesia atas beberapa faktor seperti kos yang rendah, nilai tukaran mata wang yang menguntungkan serta tarikan pelancongan yang pelbagai dan lain daripada Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via