Influencer Paranormal Hilang Dua Hari Ditemui Lemah Dalam Tandas Taman Botanikal Melaka

Difahamkan, influencer itu hilang selepas 'live' dibuatnya tiba-tiba terputus.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh yang dikenali dengan video paranormal telah dilaporkan hilang dua hari lepas baru sahaja ditemui

Dilaporkan oleh Harian Metro, lelaki berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah oleh orang awam pada jam 3.03 petang di dalam tandas kawasan Skytrex Adventure Melaka di Taman Botanikal.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid mengatakan mereka telah menerima panggilan telefon berkaitan kes orang hilang pada 12.18 tengah hari.

"Pihak bomba sebelum itu menerima panggilan telefon berkaitan kes orang hilang pada 12.18 tengah hari tadi dan menggerakkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian kurang satu minit kemudian.

"Anggota bomba terlibat telah melakukan pencarian di kawasan sebuah resort selain sekitar Taman Botanikal dengan operasi turut disertai anggota polis serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)," katanya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikimedia

Kejadian bermula ketika 'live' secara tiba-tiba putus

Mangsa ketika itu dilaporkan sedang membuat siaran langsung (live) di sebuah resort yang berkaitan dengan kejadian paranormal pada jam 8:30 malam Jumaat lepas.

Siaran langsung tersebut telah terputus sekitar jam 9.00 malam pada hari yang sama.

SAYS.com
Image via @melakaexplorer / Threads

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Halim Abas berkata rakan mangsa telah cuba menghubungi lelaki itu dan penghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp tetapi tiada sebarang diterima sebelum kehilangan tersebut dilaporkan.

SAYS.com
Image via @melakaexplorer / Threads

Mohd Hafidzatullah juga berpesan supaya orang ramai supaya tidak bertindak melulu dalam melaksanakan operasi secara sendirian dan sebaliknya segera memaklum kejadian kepada pihak berkuasa JBPM.

"Tindakan melulu orang awam melaksanakan operasi secara sendirian boleh mengakibatkan implikasi terhadap undang-undang serta keselamatan yang boleh dikategorikan sebagai 'krisis dalam krisis'.

"Banyak implikasi buruk mungkin berlaku sekiranya lewat membuat notifikasi kepada JBPM, antaranya, radius pencarian menjadi lebih besar, tohmahan kepada agensi kerajaan dan pembaziran sumber kerajaan yang boleh dijimatkan jika diberitahu lebih awal,"
katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: