Ini Langkah Mudah Lindungi Data Peribadi & Privasi Anda Dalam Talian

Kebocoran data akibat jenayah siber di Malaysia kini berleluasa.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebocoran data kini telah menjadi satu perkara yang sangat kerap berlaku di Malaysia

Tanpa ramai orang sedar, maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, perincian perbankan, alamat, kata laluan dan maklumat peribadi boleh jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab hanya kerana kita tidak menjaga data-data ini sebaik mungkin.

Data peribadi dan privasi anda adalah sangat penting dan perlu dilindungi untuk kekal selamat.

Ketirisan data hanya salah satu punca data peribadi anda tersebar. Namun, terdapat pelbagai cara orang boleh membocorkan data peribadi anda jika mereka mempunyai akses kepada data anda atau menggunakan taktik kejuruteraan sosial (social engineering).

SAYS.com
Image via Forbes

Ini langkah mudah lindungi data peribadi dan privasi anda dalam talian:

1. Gunakan kata laluan kuat dan pengurus kata laluan (password manager)

SAYS.com
Image via Endsight

Jangan sesekali menggunakan kata laluan yang mudah seperti abcdef, 123456 atau tarikh lahir anda. Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol yang sukar untuk diteka.

Perlu dinasihatkan jangan sesekali menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun. Jika satu akaun digodan, akaun anda yang lain juga akan berisiko untuk dimasuki.

Guna aplikasi Password Manager seperti Google Password Manager, BitWarden, 1Password dan lain-lain.

2. Aktifkan Pengesahan Dua Faktor (Two-Factor Authentication)

SAYS.com
Image via Malwarebytes

Setiap akaun penting seperti emel, perbankan dalam talian, dan media sosial mempunyai fungsi Pengesahan Dua Faktor (2FA).

2FA membenarkan anda menambah satu lagi lapisan keselamatan pada akaun anda. Jika penggodam berjaya mendapatkan kata laluan anda, mereka masih tidak dapat memasuki akaun itu kerana memerlukan 2FA.

Gunakan aplikasi seperti Google Authenticator atau Microsoft Authenticator berbanding SMS yang lebih terdedah apabila kad sim atau telefon anda dicuri.

3. Jaga-jaga dengan taktik phishing atau pautan yang mencurigakan

SAYS.com
Image via Malwarebytes

Phishing adalah antara kaedah jenayah siber paling banyak dilakukan untuk mencuri data melalui media sosial, aplikasi mesej, emel, SMS atau daripada pautan palsu yang kelihatan rasmi.

Untuk mengelakkan perkara ini pastikan anda menyemak alamat emel pengirim pastikan tiada nama domain yang aneh dan pastikan emel tersebut adalah betul.

Jangan sesekali klik pautan sembarangan tanpa menyelidik terdahulu terutamanya mesej yang meminta pengesahan akaun.

Elak muat turun fail meragukan yang anda tidak ketahui mana puncanya.

4. Berhati-hati menggunakan WiFi Awam

SAYS.com
Image via Aussie Broadband

Siapa yang tidak suka sesuatu yang percuma? Sesetengah tempat seperti kedai kopi atau lapangan terbang selalu menawarkan WiFi percuma kepada pelanggan. Hakikatnya ia berpotensi untuk mendedahkan pengguna kepada bahaya godaman.

Penggodam boleh mengintip dan memintas apa yang anda lakukan apabila menggunakan WiFi percuma. Rangkaian ini secara umumnya mudah untuk diakses oleh orang ramai.

Elakkan membuat transaksi penting seperti perbankan atau log masuk kepada akaun penting ketika menggunaka WiFi awam. Jika anda mahu menggunakan WiFi tersebut, hidupkan VPN (Virtual Private Network) untuk menambah enkripsi kepada sambungan internet.

5. Hadkan perkongsian anda di media sosial

SAYS.com
Image via Forbes

Ramai pengguna media sosial tidak sedar mereka sebenarnya berkongsi melebihi dari apa yang patut.

Secara tidak sedar, status, gambar, atau lokasi yang dikongsikan boleh memberikan petunjuk kepada penjenayah siber untuk melakukan kejuruteraan sosial (social engineering).

Elakkan dari berkongsi gambar kad pengenalan atau pasport, jangan kongsikan lokasi sebenar anda, dan pastikan tiada papan tanda nama jalan atau tunjuk tiket penerbangan di media sosial.

Banyak lagi cara-cara lain untuk menjaga keselamatan siber. Tindakan ini bukan hanya dibuat sekali sahaja, tetapi perlu menjadi satu amalan yang berterusan. Setiap orang dinasihatkan mengemas kini perisian dan sistem pengendalian secara berkala.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: