Isu Lelaki Bertaruh Cerai Talak Tiga Jika Argentina Kalah, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Pasangan tersebut dinasihatkan untuk pergi ke Mahkamah Syariah atau pejabat agama.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular isu talak seorang suami yang melafazkan talak tiga jika pasukan sokongannya Argentina kalah ketika Piala Dunia

Dikongsikan oleh @raudhah.24 di Threads, menunjukkan satu perbualan diantara dia dengan seorang isteri yang dikenalinya.

Dalam tangkapan skrin tersebut, menunjukkan seorang isteri yang memohon bantuan apabila suaminya yang telah bertaruh dengan kawan-kawannya "Kalau Argentina kalah World Cup, aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga".

Isteri kepada lelaki terbabit bertanya mengenai pendapat lafaz berkenaan.

Raudhah kemudian menasihati wanita tersebut untuk pergi ke Mahkamah Syariah atau pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan dan penyelesaian mengikut hukum syarak.

Perkara ini telah mendapat perhatian Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Threads yang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi pandangan ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali atas situasi talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat berkenaan benar-benar berlaku.

Namun manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah jualah yang menentukan.

"Akhirnya, pasukan yang dibanggakan tewas. Sorakan kemenangan bertukar menjadi kebimbangan. Gelak tawa bertukar penyesalan. Kini yang bermain di fikirannya bukan lagi keputusan di atas padang, tetapi satu lafaz yang telah keluar daripada mulutnya sendiri," kata beliau di Threads.

SAYS.com
Image via @raudhah.24 / Threads

Talak akan jatuh apabila syarat yang dikatakan benar-benar berlaku

Dr. Zulkifli memberikan dua persoalan iaitu "Adakah benar-benar jatuh?" dan "Adakah lafaz yang diucapkan ketika bergurau atau bertaruh tetap mempunyai kesan di sisi syarak?".

Beliau juga berkongsi sebutan pendapat daripada dua Imam mengenai perkara ini.

Sebutan Imam Abu Syuja':
"Jika seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, maka talak itu berlaku apabila syarat tersebut wujud."

Sebutan Imam al-Nawawi:
"Apabila seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, lalu syarat itu berlaku, maka talak jatuh. Tiada khilaf dalam mazhab kami."

Berdasarkan pandangan ini, apa yang dilafazkan suami tersebut iaitu "Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga." Kemudian syarat tersebut benar-benar berlaku, iaitu Argentina kalah maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama.

SAYS.com

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Image via The Star

Beliau turut berpesan, seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya. Ada kala satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan atau hanya bergurau tetapi boleh memberi kesan yang mengubah seluruh kehidupan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ: النِّكَاحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius: 𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉, 𝒕𝒂𝒍𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒓𝒖𝒋𝒖𝒌." — Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Pasangan tersebut juga dinasihatkan supaya merujuk kepada Mahkamah Syariah atau pejabat agama untuk mendapatkan pengesahan dan penyelesaian mengikut hukum syarat serta undang-undang yang berkuat-kuasa.

Di laman Threads, rata-rata komen juga menunjukkan rasa dukacita dan marah kepada suami wanita berkenaan kerana mempertaruhkan perkahwinan mereka hanya kerana bola. Kerana mulut badan binasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: