Isu Saman RM300 Jika Guna ‘Sunshade’, Ini Jawapan Menteri Pengangkutan
Difahamkan, keutamaan akan diberikan terhadap kes-kes kritikal yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan undang-undang akan dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas orang awam jika kesalahan itu ada dalam akta dan peraturan
Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan kenyataan JPJ yang akan menyaman orang awam yang menggunakan pelindung cahaya matahari atau 'sunshade' di bahagian tingkap kereta jika tidak mengikut spesifikasi yang telah dibenarkan.
Kesalahan tersebut bukan saman yang kecil kerana kompaun sehingga RM300 boleh dibuat jika didapati bersalah.
Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu dari kepanasan melampau hingga ribut, sunshade inilah yang menjadi penyelamat untuk pemandu Malaysia melindungi diri dari panas terik.

JPJ ada keutamaan terhadap kes-kes kritikal yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam
Menurut laporan dari Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengatakan keutaman pihak berkuasa adalah terhadap kes-kes berat yang boleh mendatangkan atau menjejaskan keselamatan orang awam terutamanya pengguna jalan raya.
Beliau mengatakan walaupun kesalahan seperti pemasangan sunshade boleh dikenakan tindakan tetapi ia tidak menjadi keutamaan setakat ini.

"Ada banyak (kesalahan jalan raya) tetapi lebih banyak perkara kritikal terhadap keselamatan (yang menjadi keutamaan JPJ). Ia bukan tidak penting tetapi perkara-perkara sebegini bukan keutamaan.
"Keutamaan kita adalah seperti lumba haram, pemandu mabuk, memandu secara haram, rempit yang membahayakan orang lain. Kita memang ada peraturan itu (terhadap tindakan memasang 'sunshade') tetapi tidaklah sehingga menakut-nakutkan orang lain. Sekarang juga cuaca panas, jadi faham," katanya.
Isu larangan ini adalah sunshade boleh mengakibatkan kemalangan kerana boleh mengganggu pandangan dan keselamatan sewaktu pemanduan.
Setakat ini, pihak JPJ tidak pernah mengeluarkan saman terhadap mana-mana pengguna kenderaan yang menggunakan sunshade.
Video penuh di bawah:
@bharianmy Pasang 'sunshade' satu kesalahan… ini jawapan Menteri Pengangkutan #beritaditiktok
♬ original sound – Berita Harian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via