JAKIM Sahkan Tiada Lantikan Kepada Majlis Ulama Rohingya Malaysia Untuk Keluar Perakuan Nikah
Difahamkan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) juga tidak mengiktiraf surat yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta majlis dan jabatan agama Islam negeri tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya Malaysia untuk menguruskan atau memperakui urusan pernikahan
Dakwaan ini muncul berikutan tular di media sosial mengenai nombor rujukan JAKIM yang menjadi bukti pengiktirafan surat pengakuan nikah.
Menurut laporan dari Harian Metro, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan mengatakan pihaknya belum menerima maklumat lengkap mengenai dakwaan tersebut.
"Nanti kita siasat, saya tak dapat lagi maklumat berkenaan perkara itu," katanya.
Baru-baru ini tular dalam media sosial menunjukkan surat pengakuan nikah dikeluarkan Majlis Ulama Rohingya Malaysia menunjukkan nombor rujukan 'JAKIM.PERH/LN.800-7(5)', sehingga mencetuskan persoalan mengenai kesahihan kod tersebut dengan JAKIM.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) juga tidak mengiktiraf surat yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia dan dianggap sebagai dokumen yang tidah sah.

Pernikahan melibatkan komuniti etnik Rohingya tidak boleh didaftarkan
JAIPk memaklumkan pernikahan melibatkan etnik Rohingnya tidak boleh didaftarkan kerana isu dasar yang masih diperhalusi oleh pihak berkuasa agama negeri.
Dr. Zulkifli juga sedia maklum mengenai isu penyampaian ceramah agama yang tidak mempunyai tauliah di platform media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan
Image via Harian MetroNamun menurut beliau, perkara ini berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengawal pertauliahan mengajar agama, termasuk memberikan tauliah kepada individu yang layak.
"Ada satu perkara iaitu (mengajar agama tanpa pentauliahan) secara online (dalam talian) itu, kita masih melihat bagaimana untuk mengambil perhatian perkara ini.
"Kerajaan masih meneliti pendekatan terbaik bagi menangani isu berkenaan kerana ia melibatkan aspek perundangan yang perlu diperhalusi.
"Pada peringkat jabatan, kita memang sentiasa memastikan bahawa mereka yang dijemput untuk ke udara dan sebagainya mempunyai tauliah," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via