Jaslinda Dengar Nama Dipanggil, Bunyi Wisel Tetapi Tak Nampak Penyelamat – Tok Batin

Difahamkan, Jaslinda kini stabil dan masih menjalani rawatan dan pemantauan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendaki, Jaslinda Saludin akhirnya ditemui selepas 14 hari setelah dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu

Dia dikatakan telah mengalami pengalaman aneh apabila mendengar bunyi usaha mencarinya tetapi tidak nampak sesiapa pun di sekitar dirinya.

Menurut laporan dari Berita Harian, perkongsian ini diberitahu oleh Tok Batin Kampung Lubuh Gaharu di Pos Musoh oleh Mohd Asmadi Abdullah,63.

Jaslinda dibawa ke rumah Mohd Asmadi setelah diselamatkan berhampiran sungai di perkampungan Orang Asli itu.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Jaslina menyedari seperti ada individu di kawasan berhampiran memanggil namanya

Dia kemudian memberitahu ketika berada di dalam hutan, dia ada menyedari seperti ada individu kawasan berhampiran yang memanggil namanya menyebabkan wanita itu berasa gembira.

Bagaimanapun, selepas dicari, Jaslinda mendapati tiada orang di kawasan sekitarnya walaupun memang ada terdengar bunyi usaha pencarian dilakukan.

SAYS.com
Image via Facebook

"Semalam, Jaslinda memberitahu saya yang ketika berada dalam hutan itu, macam ada orang memanggilnya menyebabkan dia berasa gembira, tetapi mendapati tiada orang.

"Dia kata memang ada dengar macam bunyi wisel dan seumpamanya.

"Cuma, dia tidak nampak sesiapa walaupun terasa macam ada ramai orang di sekeliling ketika itu,
" kata Mohd Asmadi.

Dua hari lepas, Jaslinda ditemui selamat oleh dua orang pemancing yang juga penduduk Kampung Lubuk Gaharu, Nazri a/l Bah Eng, 55 dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51.

Wanita tersebut dijumpai di kawasan lata air terjun Sungai Woh hampir dengan kampung itu ketika mahu menyeberang sungai tersebut dengan menggunakan jambatan kayu yang sudah uzur dan reput.

SAYS.com
Image via Facebook

Dijumpai dalam keadaan sangat lemah dan terus diberi makan

Dia berada dalam keadaan lemah pada pukul 5 petang dan dibawa ke rumah Mohd Asmadi.

Sejurus sampai, Mohd Asmadi memberikannya makanan termasuk mi segera, nasi berlauk ayam dan ikan tenggir serta sambal petai selain minuman kopi.

Jaslinda juga membawa beg berisi beberapa daun yang dikenali oleh penduduk situ sebagai daun asam batu, cendawan yang tidak boleh dimakan kerana beracun.

Dia juga didapati membawa dua botol berisi air yang dilihat sedikit kotor berwarna kehitaman kerana bendasing di dasar yang dipercayai daripada tumbuhan periuk kera.

SAYS.com
Image via Berita Harian

"Nasib baik dia belum makan lagi cendawan itu kerana ia beracun," kata Mohd Asmadi yang turut memberitahu Jaslinda mengalami sakit kaki.

Kedua pemancing yang menjumpai Jaslinda mengatakan mereka gembira akan perkara ini walaupun tidak menjadi sebahagian daripada pasukan SAR.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Feisul Idzwan Musthapha mengatakan Jaslinda kini stabil dan masih menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Tapah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: