Jatuh Dari Angkasa 100,000 Kaki, iPhone Masih Selamat Berkat Casing Telefon Paling Kuat!

Apa yang pecah hanyalah rekod dunia!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu telefon yang dijatuhkan dari ketinggian 10,000 kaki (30.61km) dari angkasa selamat dan masih berfungsi

Dihasilkan oleh RhinoShield, mereka telah bekerjasama dengan satu syarikat aeroangkasa, Sent Into Space, menggunakan casing telefon AirX untuk melakukan drop test (ujian jatuh) yang paling tidak masuk akal.

Pada 24 Jun lepas, syarikat tersebut telah menggunakan iPhone 17 Pro untuk diterbangkan dari Kiruna, Sweden menggunakan belon beraltitud tinggi.

Peranti tersebut kemudiannya dilepaskan dari ketinggian 30,607 meter atau (100,418 kaki). Ketinggian ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada mana-mana kapal terbang komersial.

Satu rakaman telah menunjukkan telefon berkenaan dijatuhkan dari angkasa sehinggalah terjatuh ke kawasan terpencil hutan di Sweden. Tiada payung terbang digunakan, tiada sistem haba, mahupun lapisan perlindungan tambahan.

SAYS.com
Image via Guinness World Record (YouTube)

Casing telefon ini memecahkan rekod Guinness World Records

Guinness World Records juga telah menetapkan bahawa peranti tersebut jatuh ke atas tanah terlebih dahulu sebelum dikira sebagai drop test.

Pasukan Guinness World Records, telah menghabiskan masa lima jam mencari peranti tersebut selepas ia jatuh dari angkasa. Pengesan telah berjaya mengecilkan skala pencarian kepada saiz 2 km untuk mencari iPhone berkenaan.

SAYS.com
Image via Guinness World Records (YouTube)

Setelah dijumpai, pegawai Guinness World Records mengesahkan iPhone itu masih boleh ditutup dan dibuka, membuat panggilan telefon dan mengambil gambar. Malah lebih mengejutkan bahagian luar iPhone itu tiada kerosakan langsung.

SAYS.com
Image via Guinness World Record (YouTube)

RhinoShield dan Sen Into Space telah berjaya memegang rekod "Kejatuhan tertinggi telefon bimbit bersama casing telefon (dari kawasan bentk muka bumi semula jadi)".

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RhinoShield, Eric Wang, casing telefon AirX ini mempunyai banyak ruang udara di dalam seolah-olah seperti beg udara. Malah casing telefon berkenaan boleh dikitar semula 100%. Rekaan gabungan mekanikal ini juga bukan sahaja melebihi gred militari tetapi kini gred angkasa.

RhinoShield AirX boleh dibeli di pasaran dengan harga RM254 sahaja.

SAYS.com
Image via Guinness World Records (YouTube)

Video penuh disini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: