JPJ Arah Penganjur RXZ Members Sediakan Platform Pendaftaran Berserta Gambar Motosikal

Difahamkan, pelaksanaan risiko secara lebih sistematik perlu diberi penekanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & NSTP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penganjur RXZ Members kini diarahkan untuk menyediakan platform pendaftaran peserta secara dalam talian

Menurut laporan dari Harian Metro, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan penganjur RXZ Members telah mengadakan Satu Sesi Libat Urus.

Perkara yang diwajibkan dalam platform berkenaan adalah peserta mesti mempunyai lesen memandu yang sah dan motosikal mesti mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans yang masih berkuat kuasa.

Empat gambar lampiran motosikal yang didaftarkan juga dimuat naik, iaitu bahagian depan dan belakang motor, pendaftaran kenderaan dan gambar sisi kiri serta kanan motosikal.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Pelaksanaan risiko secara lebih sistematik perlu diberi penekanan

JPJ menekankan pengurusan risiko yang lebih sistematik sebelum, semasa dan selepas acara juga perlu diberikan penekanan lebih oleh penganjur RXZ members.

"Selain itu, antara perkara yang diberi penekanan oleh JPJ adalah keperluan melaksanakan pengurusan risiko secara lebih sistematik sebelum, semasa dan selepas acara.

"Ini termasuk aspek kelayakan pemandu dan kenderaan, kawalan pergerakan, pelaksanaan penguatkuasaan secara strategik dengan memberi keutamaan kepada kesalahan yang berisiko tinggi terhadap keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

"Peserta juga diminta dapat bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam pelaksanaan Travel Time Advisory (TTA) bagi membantu melancarkan aliran trafik dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Pendekatan berperingkat melalui libat urus awal, pendidikan dan kesedaran juga perlu dibuat, termasuk tindakan tegas apabila perlu.

JPJ sentiasa menyokong aktiviti komuniti permotoran jika dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab.

Pada tahun ini, Polis Terengganu telah mengeluarkan 1,850 saman sepanjang tempoh acara RXZ Members berlangsung, 5 kes maut termasuk 222 motosikal yang telah disita polis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: