JPN Tampil Nafi Dakwaan Saman RM20,000 Jika Gagal Tukar Alamat MyKad, Sahkan Ia Palsu
Tiada operasi khas dijalankan dan tiada kempen yang memaksa rakyat Malaysia menukar alamat MyKad.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak melaksanakan kewajipan orang ramai untuk mengemas kini atau menukar alamat tempat kediaman pada MyKad
JPN telah mengeluarkan kenyataan mengenai salah faham ini di laman rasmi Facebook mereka.
Menurut JPN, undang-undang berkaitan kewajipan mengemas kini maklumat telah lama berkuat kuasa di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990). Tetapi tiada kempen khusus yang sedang dilaksanakan yang mewajibkan orang menukar alamat.
"JPN juga tidak menjalankan sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan bagi rakyat yang belum mengemas kini alamat pada MyKad," katanya.
Barru-baru ini tular dakwaan di media sosial bahawa kegagalan untuk mengemas kini alamat selepas berpindah tempat kediaman boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kemas kini alamat di MyKad hanya berharga RM10
Tambahan dari JPN, tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak kepada setiap pemilik MyKad.
"Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut. Bagi urusan penggantian MyKad , fi yang dikenakan kepada warganegara adalah RM10," menurut kenyataan.

Dakwaan ini telah mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat dan JPN menyarankan orang ramai mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mengelak dari membuat tafsiran yang tidak lengkap atau di luar konteks.
JPN menegaskan tiada operasi khas dijalankan dan tiada kempen yang memaksa rakyat Malaysia untuk menggantikan MyKad sedia ada.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via