Juruterbang & Empat Penumpang Helikopter Terhempas Disahkan Maut Di Sarawak

Difahamkan, punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak petang semalam

Kesemua lima individu yang menaiki helikopter tersebut telah disahkan meninggal dunia berikutan kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:40 petang.

Pengesahan ini telah dibuat oleh Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang.

"Malangnya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Lima mangsa yang telah dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexon Adit dan dua jururawat Debra Moset dan Jessie Paya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terbabit dalam kejadian helikopter terhempas

FDS adalah antara perkhidmatan penting untuk memastikan pendudukan kawasan pedalaman mendapat akses kepada rawatan kesihatan.

Diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1973, mereka telah menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan suka diakses.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Terdapat lebih 97 lokaliti yang memerlukan khidmat FDS yang merangkumi kawasan pedalaman di Kapit, Miri, dan Limbang. Tempat-tempat ini masih sukar untuk diakses dan jauh dari jalan jaringan jalan raya.

Arwah Dr Ainul baru sahaja pulang dua hari ke Sarawak sebelum kejadian

Doktor Ainul Baraah Kamaruddin, salah seorang dari penumpang dalam helikopter yang terhempas pernah menyatakan hasrat untuk menjadi doktor pakar dan menyambung pengajian.

Kamaruddin Salleh, 69, bapa kepada Allahyarham mengatakan perkara ini diberitahu sehari sebelum kembali ke Sarawak.

SAYS.com
Image via Berita Harian

"Malam sebelum pulang, dia (Dr Ainul) kata kepada saya mahu sambung belajar untuk menjadi doktor pakar kerana mahu pulang berkhidmat di Semenanjung.

"Saya menyokong dia mahu menyambung pengajian, namun pada masa sama saya menasihatkan supaya dia meminta izin suaminya sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Saya tidak menyangka itu perbincangan terakhir kami,"
katanya.

Menurut laporan dari Berita Harian, seorang pemilik kedai runcit pada tengah hari sebelum kejadian, penumpang helikopter tersebut telah datang berehat di kedainya.

"Dia beritahu saya mereka hendak ke Long Lellang. Dia bertanya sama ada saya pernah ke sana.

"Saya beritahu dia saya tidak pernah ke sana. Kemudian saya bertanya berapa lama masa diperlukan untuk terbang dari Long Siut ke Long Lellang dan dia kata kira-kira 10 minit,"
katanya.

Setakat ini punca sebenar masih belum dikenal pasti tetapi berkemungkinan besar akibat kegagalan enjin helikopter tersebut dimana kipas helikopter berkenaan telah dilihat terbakar ketika penerbangan dari salah satu video tular.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: