Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Maut Dirempuh Kereta Dipandu Melulu Di Jalan Kuching

Difahamkan, pemuda terbabit dikesan polis sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara.

Cover ImageCover image via Berita Harian & Threads

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas satu kereta yang dinaikinya dirempuh kenderaan lain

Kenderaan BYD Seal yang memandu secara melulu itu telah merempuh Perodua Bezza yang dinaiki keluarga dan merempuh beberapa kenderaan lain sebelum melarikan diri.

Dilaporkan oleh Berita Harian, kejadian berlaku pada jam 3.44 petang di Jalan Kuching hari Sabtu lepas di mana kanak-kanak yang berada di tempat duduk penumpang kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepada ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

SAYS.com
Image via Berita Harian

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengatakan kemalangan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal yang berlaku ketika aliran trafik sedang bergerak perlahan.

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa berusia 30 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta model BYD Seal.

"Rempuhan itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum kenderaan mangsa berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu kereta Nissan Almera, Kenderaan Serba Guna (MPV) Toyota Alphard dan Perodua Myvi,"
katanya.

Bapa mangsa Ahmad Shahir mengalami luka di tangan kanan manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun cedera di bahagian kepala dan kedua-dua telah menerima rawatan di HKL.

Asiah Binti Ahmad Syahir merupakan anak kepada Ahmad Shahir dan Malina yang baru sahaja pulang berjalan-jalan di sekitar Keramat, Kuala Lumpur. Asiah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan BYD Seal yang meninggalkan lokasi kejadian

Difahamkan, pemandu BYD Seal yang berusia 24 tahun sedang dirawat di salah sebuah hospital swasta di Damansara kerana mengalami gegaran pada otak.

Tular di beberapa media sosial pemandu Raeven Goh Wey Haur, 24, merupakan seorang staf yang bekerja sebagai Penolong Pengurus Jualan di salah satu bank Malaysia di TTDI.

"Suspek kini masih dalam pemantauan pegawai penyiasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, tiga lagi individu iaitu pemandu Nissan Almera berusia 28 tahun, pemandu Toyota Alphard berusia 37 tahun dan pemandu Perodua Myvi berusia 30 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

SAYS.com

Kereta milik pelaku.

Image via Threads

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

"JSPT Kuala Lumpur turut menyeru orang ramai serta saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Dilaporkan di Threads, pengurusan jenazah adik Asiah juga telah selesai semalam.

Salam takziah buat keluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Harapan juga buat pihak keluarga supaya dapat menuntut keadilan dan pelaku dibicarakan atas tindakan tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: