Kantoi Penjual Warga Asing Selamba Guna Tong Cat Sebagai Bekas Aiskrim – “Jijik Betul”

Jijik dan tidak selamat untuk dimakan apatah lagi dijual.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @peonyyyaaa / Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang penjual aiskrim warga asing didedahkan selama ini menjual aiskrim yang diisi di dalam tong cat

Pendedahan ini dikongsikan oleh @peonyyyaaa di Threads yang memberi peringatan dan amaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati jika mahu membeli aiskrim daripada seorang penjual warga Myanmar di kawasan Gurney Bay, Pulau Pinang.

Pengguna Threads yang lain turut memberi peringatan dan pengalaman mereka sendiri mengenai taktik individu terbabit dengan caranya untuk menjual aiskrim.

"Siapa yang beli ice cream uncle myanmar dekat Gurney Bay tu , ice cream dia letak dalam tong cat guys. Biasa kena dahla siap kena tipu 1 RM5 , sebelum beli dia cakap 1 harga RM1.50. Siapa pernah kena?," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via @peonyyyaaa / Threads

Aiskrim disimpan terus di dalam tong cat terpakai yang buruk

Paling mengejutkan, aiskrim neapolitan (gabungan perisa coklat, strawberi, vanila) tersebut diletakkan terus di dalam tong cat terpakai yang kotor dan buruk. Tong cat tersebut menunjukkan seperti ia telah digunakan untuk satu jangka masa yang sangat lama.

Isu kebersihan juga sangat meragukan di samping harga jualan yang ditipu oleh warga asing tersebut. Pada mulanya penjual memancing pelanggan dengan harga satu ringgit hingga satu ringgit lima puluh sen, tetapi akhirnya mendesak dengan menukar harga kepada lima ringgit satu aiskrim.

Menurut @lqmnkimie_ di Threads yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengatakan selama ini penjual tersebut sudah banyak kali ditegur sehingga akhirnya disita.

SAYS.com
Image via @peonyyyaaa / Threads

Melihat di komen, lokasi tersebut adalah lokasi kawasan taman permainan kanak-kanak dan tempat bermain papan selaju yang menambah lagi risiko kemalangan atau perlanggaran sekiranya warga asing tersebut berniaga berhampiran kawasan itu.

Selain itu isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan makanan turut menjadi isu kerana tong cat diperbuat daripada plastik yang tidak menepati gred makanan.

Tambahan lagi, pelanggan juga berisiko untuk menghadapi keracunan bahan kimia dan keracunan makanan yang teruk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: