Kebakaran Hutan Indonesia Boleh Berlarutan Sehingga November – Menteri Perhutanan Indonesia

Difahamkan, ia akan berlarutan sehingga musim tengkujuh tiba hujung Oktober atau awal November ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Reuters & Antara

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebakaran hutan di Indonesia boleh berlanjutan sehingga seawal November jika musim hujan lambat tiba

Menurut laporan daripada Reuters, Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni, mengatakan orang ramai perlu menghentikan penggunaan api untuk pembersihan tanah ketika musim kemarau yang berpanjangan.

Indonesia telah berjuang melawan masalah kebakaran hutan sejak 11 tahun ini. Masalah ini menjadi lebih buruk apabila "super El Niño" membuatkan cuaca sangat kering di hutan dan padang-padang di negara mereka.

Api telah marak selama berminggu-minggu terutamanya di kepulauan Borneo dan Sumatra menyebabkan asap dan jerebu merebak ke negara-negara jiran.

SAYS.com

Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni.

Image via Antara

Cuaca kering akan berterusan sekurang-kurangnya sebulan setengah lagi

Raja Juli mengesahkan bahawa cuaca yang kering akan berterusan sekurang-kurangnya sebulan setengah lagi.

Agensi cuaca negara mereka juga meramalkan permulaan musim hujan akan bermula pada lewat Oktober atau awal November ini. Sebulan lebih lambat daripada yang dijangka.

SAYS.com
Image via Reuters

"Kebakaran hutan ini akan bersama kita sehingga Oktober atau awal November,

"Kami berharap semua individu, petani, dan perbadanan tidak menggunakan api ketika tempoh El Niño yang kuat ini."
katanya.

Kes yang melibatkan sistem respiratori akibat kebakaran hutan ini juga telah meningkat kepada 113,336 dari 1 September hingga 9 September terutamanya warga Kalimantan Barat.

SAYS.com
Image via Reuters

Dilaporkan Bernama, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, juga mengatakan isu jerebu rentas sempadan akan diperbincangkan mulai semalam. Ahmad Zahid telah melakukan lawatan kerja ke Jakarta mulai 17 September hingga 20 September ini.

Malaysia akan mengutamakan kerjasama diplomatik jangka panjang dan langkah mencegah awal isu jerebu rentas sempadan ini.

SAYS.com
Image via Reuters

Indonesia juga telah meningkatkan usaha pemadaman kebakarannya dengan mengerahkan lebih daripada 50 buah pesawat bagi menjalankan operasi pengeboman air dan pembenihan awan. Jepun juga telah menghantar tiga buah helikopter CH-47 Chinook untuk membantu menentang kebakaran tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: