Kenderaan Ada Saman Tertunggak Atau Kes Mahkamah Bakal Dihalang Keluar Masuk Sempadan

Jangan culas bayar saman!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sabah Post & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemilik kenderaan yang culas membayar saman bakal disekat perjalanan mereka untuk merentasi sempadan melalui pindaan baru Akta Pengangkutan Jalan

Dilaporkan oleh Malaysia Gazette, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengatakan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anggotanya dan pegawai polis kini diberi kuasa untuk menghalang kenderaan Malaysia dan asing memasuki atau meninggalkan negara.

Kenyataan dari Anthony Loke ini dibuat ketika membentangkan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 kali kedua di Dewan Rakyat dua hari lepas.

"Fasal berkaitan seksyen baharu 119C memperluaskan prinsip yang sama kepada kenderaan motor berdaftar Malaysia yang melakukan perjalanan rentas sempadan.

"Ia bertujuan bagi memastikan pemilik kenderaan menyelesaikan saman dan kes tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan rentas sempadan.

"Ia melibatkan saman trafik, kes mahkamah serta pelbagai pelanggaran undang-undang berkaitan pengangkutan jalan,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Business Today

Pindaan bertujuan untuk membanteras penyalahgunaan kenderaan klon dan curi

Anthony juga mengatakan pindaan ini bertujuan untuk membanteras penyalahgunaan kenderaan klon, kenderaan curi dan kenderaan yang tidak mematuhi keperluan undang-undang.

Jaminan tiada kenaikan kadar LKM bagi Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi juga diumumkan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Carsome

Beliau juga menyesyorkan fi cukai jalan dibayar berdasarkan lokasi sebenar penggunaan kenderaan berikutan terdapat beberapa pengisytiharan yang didaftar atau diperbaharui di kawasan yang mempunyai kadar fi yang lebih rendah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via JPJ Johor

Kes sebegini lazimnya berlaku di Semenanjung dimana pemilik tidak mendaftar atau memperbaharui di lokasi sebenar penggunaan kereta.

"Pindaan ini untuk mengelakkan bebanan pemilik kenderaan yang benar-benar menggunakan kenderaan mereka di Sabah, Sarawak, Labuan atau Langkawi," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: