Kerajaan Umum Naikkan Tahap Perlindungan Subsidi Elektrik 600 kWj Kepada 800 kWj

Langkah ini dibuat dengan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan tahap subsidi bil elektrik dari 600 kWj kepada 800kWj sebulan

Menurut laporan daripada Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan ia telah berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Langkah ini dibuat dengan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

"Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan membabitkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax)," katanya.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Mesyuarat telah diadakan dengan wakil Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Pealihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Turut hadir bersama ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri PETRA dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut Perdana Menteri, dengan keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas telah menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah. Hal ini menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj sekali gus menyebabkan bil naik ke tahap yang luar biasa.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

"Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: