Kes RCI Tabung Haji: Bekas CEO & CFO Syarikat Milik Sebuah Badan Berkanun Ditahan SPRM
Penyelewengan disyaki berlaku pada tahun 2015 hingga tahun 2017.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas Ketua Pegawai Esekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat milik sebuah badan berkanun kini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kedua-dua individu berkenaan telah ditahan susulan siasatan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kerajaan baru-baru ini.
Dua individu berusia 68 dan 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan yang bernilai RM370 juta.
Dilaporkan oleh Berita Harian, mereka berdua ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam.

Suspek dibebaskan semalam atas faktor kesihatan
Suspek walaubagaimanapun sudah dibebaskan semalam atas faktor kesihatan dan akan hadir semula ke SPRM pada jam 10 pagi bagi menyambung rakaman percakapan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman
Image via AWANIDua individu pertama yang ditahan melibatkan pengarah syarikat dan bekas pengurus ladang. Pengarah syarikat reka bentuk berusia 50-an ditahan kerana disyaki merasuah RM300,000 kepada seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) badan berkanun sebagai balasan memberikan projek bernilai kira-kira RM8 juta.

Gambar sekadar hiasan.
Image via AgrimagBagi suspek kedua, seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah disyaki menyeleweng kontrak bernilai RM8 juta. Penyelewengan ini dipercayai berlaku ketika tahun 2015 hingga tahun 2017.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via