Kes Rogol Di Kedah Membimbangkan, Sebanyak 91 Peratus Kes Dilaporkan ‘Suka Sama Suka’

Difahamkan, sebanyak 91 peratus dari 100 kes membabitkan pertemuan suka sama suka.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira 91 peratus kes rogol melibatkan remaja bawah umur di Kedah adalah 'suka sama suka'

Berdasarkan laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, sejak Januari hingga September tahun ini terdapat 100 kes rogol yang telah dilaporkan.

91 peratus dari 100 kes membabitkan pertemuan suka sama suka.

Beliau mengatakan trend ini membimbangkan malah berharap ibu bapa lebih mengambil peranan untuk menangani perkara ini.

"Itulah sebabnya saya menegaskan bahawa kita tidak boleh berhenti menangani isu ini." kata beliau.

SAYS.com
Image via Datuk Adzli Abu Shah, Ketua Polis Kedah

Ibu bapa tidak bertanya ke mana mereka pergi keluar lewat malam

Tambah beliau lagi, Polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah termasuk guru serta agensi lain perlu bekerjasama dalam pelbagai bidang menangani masalah ini.

Adzli turut memesan kepada ibu bapa supaya lebih berwaspada jika anak remaja mereka suka keluar lewat pada waktu malam.

SAYS.com
Image via iStock

"Jika anak-anak kita yang berusia 13 atau 15 tahun dan keluar pada waktu malam, mengapa ibu bapa tidak bertanya ke mana mereka pergi? Mengapa kita tidak mempersoalkannya?" tambah beliau lagi.

"Kita perlu kembali ke zaman dahulu apabila masyarakat lebih bersikap jaga tepi kain apabila orang ramai saling menjaga dan tidak takut untuk bertanya mengapa anak seseorang keluar lewat."

Menurut beliau kes ini boleh dikurangkan lagi jika kita menghidupkan semula rasa prihatin itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: