Koc Wanita Raih Pujian Luar & Dalam Negara Selepas Masuk Dokumentari TV Perancis

Orang negara Eropah pun nak koc wanita sendiri.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pengangkutan rel di Malaysia telah ditampilkan dalam satu dokumentari televisyen dari Perancis

Nama dokumentari tersebut adalah Des trains pas comme les autres (Amazing Train Journeys). Dokumentari itu telah menerima banyak pujian dari luar negara dan dalam negara.

Dikongsikan di Instagram, episod tersebut memaparkan metro di Kuala Lumpur, Malaysia dimana terdapat beberapa koc khas untuk wanita sahaja. Dilabel dengan warna merah jambu untuk memberikan ruang bagi wanita bergerak tanpa kerisauan.

Netizen Malaysia juga berbangga dengan dokumentasi ini dan menunjukkan sokongan mereka terus ke akaun tersebut.

Dalam satu komen mengatakan di Malaysia, wanita tidak sama dengan lelaki sebaliknya kami lebih istimewa.

Di Threads, seorang pengguna dengan nama @cik.kentangbatu.

"Coach wanita paling function bila nak pergi kerja. Kau nak himpit-himpit dengan perempuan pun tak kisah. Saya rasa selamat dan perempuan lain pun sama-sama sokong walaupun tak kenal," katanya.

Seorang pengguna lagi bernama @fauzinizam mengatakan perkara ini adalah untuk keselesaan dan keselamatan.

SAYS.com
Image via Image via @france.tv / Instagram

Koc wanita ini telah menarik banyak perhatian penonton antarabangsa

Di Facebook, Martine Carlier mengatakan di Mexico sudah bertahun-tahun mempunyai bus merah jambu khas untuk penumpang wanita dan anak-anak mereka.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Tiada yang pelik, tiada kaitan dengan agama. Ketika saya pergi ke England pada tahun 70-an, sudah terdapat bahagian wanita sahaja. Semua ini adalah atas dasar menghormati dan keselesaan," kata seorang pengguna.

Ada juga pengguna yang mahukan negara mereka mempunyai koc wanita sendiri.

"Saya impikan untuk mendapatkan koc ini di Eropah," ujar seorang pengguna di Instagram.

Koc wanita ini telah diperkenalkan KTM Berhad pada tahun 2010 dan berkembang kepada Laluan MRT Kajang dan Laluan MRT Putrajaya oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk memastikan penumpang wanita berasa lebih selamat.

Video penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: