KPKT Tegaskan Warga Asing Tidak Boleh Sewa Rumah Kos Rendah & Perumahan Awam
Buat aduan jika rumah disewakan kepada warga asing tanpa kebenaran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penduduk yang mengetahui warga asing yang menyewa di residensi awam dan rumah kos rendah boleh melaporkan perkara itu
Laporan boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perumahan Negara.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu mengatakan pihak mereka akan turun padang untuk memantau laporan berkenaan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.
Sebarang prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan warga asing menyewa di residensi dan mereka memang tidak sepatutnya menyewa kediaman terutama perumahan awam atau rumah kos rendah.
"Ini mungkin berlaku (apabila) pembeli rumah menyewakan kepada warga asing.
"Itu di luar kawalan kita secara langsung, tetapi kalau ada apa-apa aduan, boleh laporkan sahaja supaya kita boleh buat pemantauan.
"Adukan sahaja dulu kepada kita, kita akan tengok macam mana kita nak salurkan dan ambil tindakan sebab ia perlu disiasat terlebih dahulu," katanya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu
Image via Harian MetroPenyewaan perumahan awam terdapat syarat tertentu yang perlu dipatuhi
Terdapat syarat tertentu yang perlu dipatuhi untuk penyewaan kediaman itu kepada penghuni lain.
"Kalau ada apa-apa, boleh laporkan saja supaya kita boleh buat pemantauan," katanya.
Penyewaan rumah persendirian kepada warga asing melibatkan pemilik dan penyewa, justeru itu, setiap aduan perlu diteliti dengan terlebih dahulu.

Antara warga asing yang diperiksa pada Operasi Bersepadu 'Op Sabong' Agensi-Agensi Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sembilan 2023 di Bandar Baru Nilai.
Image via KOSMOSebelum ini terdapat beberapa aduan dimana warga asing termasuk komuniti Rohingya yang telah menyewa sehingga menyebabkan penduduk tidak selesa.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini telah berjaya menangani projek rumah swasta bermasalah apabila 1,726 projek telah berjaya dipulihkan sejak 2023 hingga Ogos 2026 yang melibatkan 199,643 unit sehingga Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mencecah RM158.16 bilion.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via