KPM Kekalkan 12 Waktu Pengajaran Seminggu Bahasa Melayu, Cina & Tamil Bagi Sesi 2027
Difahamkan, peruntukan ini memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan berkomunikasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengekalkan 12 waktu pengajaran seminggu bagi semua tiga subjek bahasa
Subjek tersebut adalah Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam Kurikulum Persekolahan 2027 (KP 2027)
Ketetapan ini tidak akan dikurangkan dan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah diadakan mengenai peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP 2027.
KPM telah mengeluarkan kenyataan ini di laman Facebook rasmi mereka.
"KPM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbangkan pandangan," katanya.
Kementerian turut menegaskan penguasaan bahasa serta keperluan pembelajaran murid daripada semua aliran sekolah akan terus menjadi keutamaan untuk perbaharui kurikulum pendidikan negara.

Ibu bapa meluahkan pendapat mereka terhadap kenyataan ini
Perkara ini telah menjadi perhatian ibu bapa dan guru kerana ia melibatkan proses pembelajaran anak-anak dan murid di sekolah.
Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pengekalan 12 waktu pengajaran seminggu ini. Terdapat beberapa ibu bapa yang risau perkara ini dapat membebankan anak-anak mereka.

Difahamkan sebelum ini semua subjek bahasa telah dikurangkan kepada 10 waktu dan dinaikkan kepada 12 waktu yang akan kekal untuk tahun 2027.
Peruntukan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan berkomunikasi, terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via