Laluan Shah Alam Catat Lebih 60,000 Perjalanan Penumpang Pada Hari Pertama Operasi

Sambutan memberangsangkan ditambah dengan penerimaan positif masyarakat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Laluan Shah Alam telah merekodkan lebih 60,000 perjalanan penumpang pada hari pertama operasi

Laluan ini menunjukkan sambutan yang menggalakkan terhadap perkhidmatan rel baharu yang sudah kian lama dinantikan terutamanya warga Shah Alam dan Klang.

Menurut laporan dari Harian Metro, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan memaklumkan jumlah ini merangkumi perjalanan yang menggunakan tren, bas perantara dan Rapid KL On-Demand (ROD).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan berkata hal ini adalah penerimaan positif masyarakat terhadap keperluan rangkaian rel di koridor barat Lembah Klang.

SAYS.com
Image via Harian Metro

60,000 perjalanan direkodkan merangkumi perkhidmatan tren, bas perantara dan ROD

Daripada jumlah keseluruhan, 58,865 perjalanan direkodkan menerusi perkhidmatan tren, manakala 3,319 lagi melibatkan rangkaian first-last mile Rapid KL iaitu 1,883 perjalanan menggunakan bas perantara dan 1,436 perjalanan melalui perkhidmatan ROD.

Amir Hamdan juga mengatakan permintaan tinggi terhadap pilihan mobiliti baharu yang menghubungkan kawasan kediaman, pusat pekerjaan, institusi pendidikan dan hab komersial di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

SAYS.com
Image via Berita Harian

"Ini merupakan permulaan yang amat memberangsangkan.

"Kami akan terus memantau corak perjalanan penumpang, prestasi operasi dan maklum balas pengguna bagi memastikan pengalaman perjalanan terus dipertingkat apabila semakin ramai mula menggunakan laluan ini,"
katanya.

Untuk melancarkan lagi operasi, Rapid KL telah menempatkan petugas operasi, pegawai stesen serta Rapid Troopers di semua stesen Laluan Shah Alam bagi membantu penumpang mendapatkan maklumat dan panduan pertukaran perkhidmatan bas serta ROD.

Prasarana juga turut mengingatkan orang ramai bahawa tawaran tambang percuma bagi semua perjalanan Laluan Shah Alam dan perkhidmatan bas perantara akan diteruskan sehingga 31 Julai ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: