Langkah Baiki Kelemahan Fasiliti LRT3 Shah Alam Akan Dilaksanakan – Kerajaan Negeri Selangor
Pejalan kaki yang lebih selamat akan diwujudkan dan disiapkan secepat mungkin.
Cover image via @kakijalankaki / InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selangor mengarahkan penyelarasan bersama semua pihak untuk mempercepatkan lagi kerja menyiapkan infrastruktur keterhubungan (pejalan kaki dan lintasan zebra) di sekitar LRT3
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman yang menunjukkan laluan pejalan kaki yang tidak selamat dan tidak bersambung berhampiran beberapa stesen LRT3.
Dimuat naik oleh @kakijalankaki, banyak laluan di kawasan operasi LRT3 terlalu berbahaya buat pengguna.
"Sepatutnya Majlis Bandaraya membuat pemeriksaan dan memastikan akses pejalan kaki lengkap sebelum stesen dibuka, bukannya hanya bertindak selepas rakyat membuat aduan. Infrastruktur pengangkutan awam tidak sepatutnya berakhir di pintu masuk stesen sahaja," katanya di Instagram.
Video tersebut telah meraih lebih daripada 500,000 tontonan dan menunjukkan laluan dari Stesen Stadium Shah Alam ke AEON Mall Shah Alam, di mana pejalan kaki kelihatan terpaksa melintas terus merentasi jalan raya yang sibuk kerana kekurangan tempat melintas yang sesuai.
Beberapa pejalan kaki di situ juga berakhir dengan begitu sahaja, ditambah dengan lintasan zebra yang tidak menyambung ke laluan pejalan kaki yang lain.
Selain itu, video tersebut turut menunjukkan Stesen Dato' Menteri dan Stesen Kerjaya yang mempunyai pejalan kaki yang masih belum siap.


Kerajaan Negeri Selangor dan Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan beserta Exco Selangor Youth, Sports, and Entrepreneurship turun padang
Menurut laporan dari Malay Mail, kesemua orang berkaitan telah mengesahkan isu tersebut dan mengarah Prasarana bersama pembangun berkaitan untuk menyiapkan infrastruktur pejalan kaki secepat mungkin.
Ng turut mengatakan MBSA telah melihat perkara ini dengan teliti untuk memastikan semua LRT3 membaik pulih apa-apa kekurangan yang diperlukan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MBSA semalam, mengikut pelan pembangunan sejak 2019, Prasarana dan pembangun diperlukan untuk membina pejalan kaki yang menyambung ke stesen-stesen yang berdekatan kawasan komersial dan fasiliti awam.
MBSA mengesyorkan mereka akan memastikan semua pejalan kaki yang lebih selamat di semua rangkaian LRT3 di Shah Alam akan disiapkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


