Legenda Bolasepak Dunia Roberto Carlos Didakwa Sudah Memeluk Agama Islam

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada Roberto Carlos.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ajel English & @TouchlineX / X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Legenda bola sepak Brazil dan bekas bintang Real Madrid, Roberto Carlos dilaporkan sudah memeluk Islam

Beliau dilaporkan memeluk Islam kira-kira empat minggu lalu oleh seorang ahli politik Turkiye.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh Ali Sahin, ahli politik daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) yang memerintah Turkiye. Perkara ini diberitahu selepas pertemuan dengan wakil komuniti Islam Brazil di Sao Paulo.

SAYS.com
Image via @r.carlos3_ / Instagram

Menurut laporan, Sahin mengatakan dakwaan Carlos telah memeluk Islam daripada Sheikh Jihad Hammadeh, seorang tokoh terkemuka dalam komuniti Islam Brazil yang juga naib presiden dan penasihat agama Persatuan Kebangsaan Ahli Undang-Undang Islam (ANAJI).

SAYS.com
Image via Ajel English

Roberto Carlos sudah lama berhubung sebelum melafazkan syahadah

Tambahan dari Sahin, Hammadeh mengatakan Carlos sudah lama berhubung dengannya dan mengunjunginya kira-kira empat minggu lalu sebelum melafazkan syahadah.

Sahin juga mengucapkan tahniah kepada Carlos atas dakwaan memeluk Islam, mendoakan kedamaian, kesihatan dan kemakmuran buat Carlos dan keluarga.

SAYS.com
Image via X

Roberto Carlos baru-baru ini berkahwin dengan Suhayla At Tohiri, ejen bola sepak kelahiran Maghribi.

Pemain legenda ini dianggap antara pemain left back paling hebat dalam sejarah bola sepak dan telah bermain bersama Real Madrid dalam majoriti kariernya.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada Roberto Carlos mengenai dakwaan memeluk Islam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: