Lelaki Indonesia Jadi Individu Pertama Kena Penjara Di Malaysia Sebab Buang Puntung Rokok
Padah buang puntung rokok merata-rata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Indonesia telah menjadi individu pertama di Malaysia yang dipenjarakan akibat kesalahan membuang puntung rokok
Menurut laporan dari Berita Harian, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad mengatakan pekerja am kontraktor berusia 36 tahun itu telah membuat kesalahan pembuangan sisa kecil (PSK) di sekitar kawasan Stulang pada Februari lepas.
Individu tersebut akan dipenjara selama sebulan mulai 28 Ogos selepas gagal membayar denda berjumlah RM1,000 yang dijatuhkan oleh mahkamah.
"Selepas menjalani hukuman penjara, individu ini akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama enam jam," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian Metro107 kes melibatkan Perintah Khidmat Masyarakat telah diselesaikan
Setakat ini, 107 kes melibatkan PKM telah diselesaikan di mahkamah yang membabitkan 59 warga termpatan dan 48 warga asing.
Secara keseluruhan, denda yang dikenakan telah mencecah RM71,550 dengan tempoh PKM antara dua hingga 10 jam.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianSebanyak 3,358 penguatkuasaan telah dilaksanakan di Johor dengan 3,095 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan.
"Sehingga kini, sebanyak 789 kertas siasatan juga telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya lagi.
Kesalahan membuang sisa kecil di tempat awam adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 77A, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]. Kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 aatau PKM sehingga enam bulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via